Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Covid 19 telah mengubah kehidupan biasa kita pada suatu norma baru kehidupan yang bermula selepas perintah kawalan pergerakan ditamatkan. Walaupun tiada lagi covid 19 atau PKP telah ditamatkan, kita akan masih terasa takut untuk bertemu atau berdekatan dengan sesiapa sahaja samada yang dikenali atau yang tidak dikenali. Kita tidak akan bersalaman dan berpelukan dengan sahabat sahabat seperti biasa. 

Mungkin sehingga ke akhir tahun, kita tidak mahu menghadiri majlis keramaian, tidak mahu pergi bercuti, tidak mahu berada dalam pengangkutan awam. Selain itu, kita akan membiasakan diri dengan membersihkan tangan dengan kerap. 

Covid 19 belum ada penawarnya. Jika pun negara kita diistihar sebagai bebas covid 19, tapi selagi dunia masih ada yang mengalaminya. Kita tidak akan bebas sepenuhnya selagi manusia bergerak ke sana dan ke sini termasuk dalam dan luar negara. 

Virus yang boleh menyebabkan kematian ini amat menakutkan. Virus yang tidak nampak di mata dan tidak memberi simpton awal. Lebih lebih lagi merbahaya pada mereka yang berisiko tinggi seperti menpunyai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Jadi Insya Allah esok, andainya kita mula berpuasa, kita sama sama perhatikan penjarakan sosial ini. Jangan sewenangnya mahu keluar membeli makanan di gerai gerai yang mungkin ada. Walaupun bukan bazar Ramadhan tapi saya rasa akan ada peniaga kecil yang membuka gerai di tepi tepi jalan atau di hadapan flat. 

Apa apa pun saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua follower saya yang beragama Islam. Sekarang kita masuk bab masakan pula.

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Sejak kebelakangan ini, saya mula memasak menggunakan periuk Noxxa yang selama ini tersimpan di dapur. Pada saya, bukan sahaja wanita yang bekerja memerlukan periuk tekanan Noxxa atau apa apa periuk tekanan jenama lain tapi juga wanita yang berada di rumah. 

Kita jangan berlama lama di dapur. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan. Terutama di bulan Ramadhan, jangan nak berlumba lumba memasak pelbagai lauk pauk. Boleh jer memasak pelbagai lauk sebab tiada bazar Ramadhan. Tapi kena fikirkan cara untuk mengurangkan masa di dapur. 

Tujuannya supaya kita dapat membanyakkan masa sengan mengaji Al Quran, melakukan solat solat sunat dan sebagainya. Jika berlama di dapur, badan kita jadi melekit dan kita akan rasa penat. Sebelah malam kita mahu pula melakukan solat sunat terawih kan. 

Jadi dengan Noxxa memasak menjadi lebih cepat dan mudah. Bila ditumis bahan bahan untuk memasak kari ini pun, ianya tidak merecik di dinding seperti menumis dalam periuk biasa. Jadi tak perlu habiskan masa untuk membersih dan mengelap itu ini pula. Sekadar itu coretan saya kali ini. 

Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 biji ubi kentang
3 sudu besar rempah kari + sedikit serbuk cili
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
½ sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar sos tiram - bancuh dengan air
1 tangkai daun kari
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
Garam

Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara cara:
Setting periuk Noxxa pada Stir Fry (SF) dan tuangkan minyak. Setelah panas, masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. 

Kemudian masukkan halia, bawang putih dan bawang merah. Kacau sehingga naik bau,

Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga bawang keperangan. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat.

Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air lagi dan tumis lagi sekali sehingga terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula ubi kentang, sedikit santan dan sedikit air.

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Tutup periuk Noxxa, putar tombol pada Pressure dan masak dengan setting Meat selama 8 minit. 

Setelah cukup 8 minit, buang wap dan tukar setting pada SF. Masukkan baki santan. Kacau rata.

Masukkan kerisik, pes asam jawa, gula melaka dan garam secukupnya.

Bolehlah dipadamkan dan kari siap untuk dinikmati.

Kari Ayam Menggunakan Noxxa



Catat Ulasan for "Kari Ayam Menggunakan Noxxa"