Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah iaitu Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah. Bulan Ramadhan nanti bolehlah cuba resepi ini untuk juadah berbuka. Masukkan siap siap dalam list menu untuk sepanjang Ramadhan. 

Senang dan tak risau nak cepat basi dan sebagainya. Kalau ada periuk Noxxa lagi cepat untuk rebus dan empukkan daging. Kita jangan berlama lama di dapur, masak masakan yang sedap, yang guna bahan ringkas dan yang penting cepat disediakan. Tak perlu berlama lama di dapur. 

Gunakan masa yang ada di dalam bulan Ramadhan untuk membanyakkan mengaji membaca Al Quran, tadarus dan tadabbur. Hidup bukan untuk makan atau berlumba lumba memasak. 

Saya dah lebih 10 tahun, buat blog ini. Niat saya hanya untuk berkongsi resepi yang saya pelajari dari keluarga, kawan kawan atau yang saya berusaha mendapatkannya dari kedai kedai yang saya pernah makan. Memang susah nak dapat resepi. Ada yang masih mentaliti lama, pesan kat anak depa, jangan lah kongsi semua benda. Hahaha. 

Ada juga golongan bangsawan yang dalam Instagram tunjuk gambar masakan, bila ada follower tanya resepi terus diam. Sebenarnya, pada saya lah golongan seperti ini, sekadar masuk IG mereka untuk kita tengok gambar masakan dia cukup lah. Ianya untuk beri kita idea apa yang hendak dimasak. Saya tak akan bertanya atau komen atau menegur pun. Paling paling saya like sahaja. Saya ni golongan marhaen sahaja.    

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah

Kalau ada daging dalam peti ais, meh lah cuba dulu. Kalau anak anak suka, bulan Ramadhan ni boleh masak. Dah terrer dah masa tu. Hahaha. 

Lauk seperti ini selain dimakan dengan nasi putih, sedap juga dimakan dengan pulut kuning atau lemang. Maknanya hari raya kedua, boleh masak ni sebab raya pertama, biasanya masak rendang kan. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah

Daging Masak Hitam

Bahan bahan:
500 gram daging
4 sudu besar cili kering kisar 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil pes asam jawa atau secukupnya
Kicap Manis Habhal Cap Kipas Udang 
Garam dan gula, jika perlu

Bahan kisar:
4 biji bawang besar - atau 10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih 
2 inci halia

Cara cara:
Daging direbus dengan periuk tekanan selama  28-30 minit atau sehingga rebus biasa sehingga daging empuk. 

Bila daging telah empuk dan air telah hampir kering, tuang minyak yang agak banyak untuk menggoreng daging sekejap sahaja. 

Masukkan bahan kisar dan serbuk jintan, serbuk ketumbar dan cili kering kisar. Tumis sehingga terbit minyak. 

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa

Tuangkan kicap sehingga warna yang disukai. Masukkan asam jawa. Kacau sehingga kuah pekat dan kering yang disukai. 

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa

Akhir sekali masukkan garam dan gula, jika perlu. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit air. Bolehlah ditutup api. 

Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa

Nota:
Saya rebus daging dengan periuk Noxxa selama 28 minit dan kemudian menggoreng dengan setting Stir Fry sehingga masak. 


1 ulasan for "Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah Guna Periuk Noxxa"