Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Hari ini adalah hari keempat kita berada dalam fasa kedua perintah kawalan pergerakan. Entah kenapa terasa sangat jiwang jiwang hari ini. Apabila ada yang kita ingini, saya akan selalu melayan perasaan. Jamu mata dengan mencari cari dalam internet. 

Tapi sebenarnya bagus juga bila ada sesuatu yang kita idamkan dan tidak dapat dimiliki. Ia menjadikan hidup kita sentiasa berangan angan dan bermimpi indah. Bila saya tanya Encik Hubby, boleh ke jika saya ingin membeli apa yang saya idamkan. Dia jawab, kenapa tidak boleh. Inilah yang susah kerana bila dia menyokong, saya akan berfikir dua atau tiga kali dan akhirnya saya tak beli. 

Saya memang agak kedekut dengan diri sendiri kerana merasakan susahnya untuk mencari wang. Lagi pulak, dalam keadaan PKP sekarang, ramai orang dalam kesusahan dan menghadapi masalah kewangan. Jadi amat tidak wajar untuk saya berboros kepada perkara yang tidak memberi erti sebenarnya. 

Saya yakin selepas memperolehinya, saya akan mencari benda lain pula. Manusia memang tidak akan puas. Jadi saya membuat keputusan untuk meneruskan impian tersebut sebagai angan angan kerana untuk berangan tidak perlu bayar apa apa. Lagi lagi untuk hilangkan stress masa PKP ni.

Bayangkan betapa boringnya hidup, jika petik jari jer, semua dapat. Tak ada cabaran dalam hidup. Sekurangnya jika ada yang tak mampu kita miliki, ia akan kekal menjadikan diri kita teruja dan bermimpi. Biarlah ianya kekal sebagai mimpi. Jangan mengejar untuk menjadikan ianya satu realiti. Sekarang kita tukar pada topik masakan pula.  

Saya dah mulai buntu nak masak apa untuk sarapan. Tiba tiba teringatkan ada lagi sedikit tepung gandum dalam peti ais. Bila disukat, ada dalam 1 ½ cawan. Hmm cukup lah untuk buat sepinggan cucur ikan bilis. 

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Tips yang diberi oleh ramai blogger untuk menghasilkan cucur ikan bilis yang rangup ialah dengan menggunakan air panas mendidih. Saya guna air panas dari coway sahaja. Itu pun nampak panas berasap. 

Alhamdulillah sedap cucur ikan bilis hari ini walaupun menggunakan bahan yang simple sahaja. Rangup di luar dan masih lembut di dalam. 

Jom kalau dah tak ada apa yang hendak dimasak, boleh sama sama mencuba resepi di bawah. Boleh diubahsuai jika mahu diletak karot atau lain lain sayuran. Selamat mencuba...


Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Cucur Ikan Bilis Rangup

Bahan bahan:
½ cawan tepung gandum
Sejemput ikan bilis - tumbuk kasar
½ biji bawang besar - dadu
½ biji lada merah - hiris
Daun sup - hiris
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
¼ cawan air panas mendidih

Cara cara: 
Satukan semua bahan kecuali air panas mendidih. 

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Bulatkan lubang di tengah adunan. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga secukupnya dan kacau menggunakan sudu dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental seperti doh.

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Setelah doh agak sejuk, bentukkan adunan seperti bebola atau yang disukai. Boleh lumur tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan cucur atau dijemput dengan jari yang dibasahkan dengan air. Boleh juga tabur tepung di permukaan tapak tangan.

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Tunggu sehingga adunan betul betul sejuk, baru digoreng. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga keperangan. 

Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Angkat dan hidangkan dengan sos pilihan. 

Nota:
Ada yang guna sukatan tepung gandum sama dengan sukatan air panas. Contoh, 2 cawan tepung, guna 2 cawan air panas.



4 ulasan for "Cucur Ikan Bilis Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam"

  1. Assallammu'alaikum..
    Tengok rupa pun sedap.rasa dah tentu sedap.resipi puan Azie semua best.

    BalasPadam
  2. 2 cawan tepung gandum itu berapa besar cawan itu. Nak bagi cun sukatan. Sejuta penghargaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bleh je pakai cawan teh biasa kita minum tu..make sure sukatan air pon pakai cawan yg sama so doh leh balance...agak2 je time nk bentuk doh tu.. Insha'Allah..

      Padam
  3. T.kasih...emm baru lah sedap..org bujang mcm sy ni masak

    BalasPadam