Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Creme Brulee Yang Sedap Dari Nellisa Aikha

Creme Brulee Yang Sedap

Sebenarnya telah bertahun tahun, bercadang untuk menyediakan Creme Brulee. Masa tu dalam group WhatsApp, seorang rakan dari Petronas yang share gambar kuih yang dimakan. Bayangkan betapa lama, sekarang ini, rakan kami tersebut dah pun hampir 2 tahun bersara. 

Creme Brulee bukanlah sejenis puding tetapi krim kastard yang menpunyai permukaan caramel atau gula hangus yang keras. Keterujaan untuk menikmati creme brulee ialah tat kala memecahkan permukaan karamel atau gula hangus untuk menceduk bahagian puding di bawahnya. 

Creme Brulee Yang Sedap

Ianya adalah kuih atau hidangan pencuci mulut yang sangat sedap. Tekstur krimnya sangat lembut dan gebu. Creme Brulee adalah sejenis classic dessert dari Peranchis yang mana Brulee bermaksud burnt cream atau creme yang telah dibakar di permukaannya. 

Ianya sebenarnya sangat mudah disediakan dengan menggunakan bahan yang tidak banyak pun. Cuma saya asyik menangguh untuk membuatnya kerana tidak menemui kedai yang menjual blow torch. 

Tapi bila Nelly mengajak saya untuk menyediakannya, memang bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. Nelly siap belikan blow torch lagi tanpa saya memesannya pun.  Bukan senang untuk dia dengan rela hati memasak. Hahaha. Walaupun PKP, tapi Nelly bertugas seperti biasa.

Creme Brulee Yang Sedap

Setiap kali keluar makan di Simply Ribs, memang saya dan Nelly mesti order creme Brulee. Kami kongsi jer kerana kuih muih seperti ini memang manis. Kalau bukan manis, tak sedap dan bukan lah kuih muih namanya. 

Jadi apa kata, anda cuba menyediakannya sendiri di rumah. Jika dibeli di restoran, harganya berbelas ringgit juga untuk satu bekas ramekin ni. Blow torch tu boleh dibeli di Mr DIY atau kedai kedai menjual peralatan baking pun ada.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Creme Brulee Yang Sedap

Creme Brulee

Bahan bahan:
6 biji telur kuning - suhu bilik
100 gram gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
500 gram whipping cream - suhu bilik
½ sudu kecil esen vanilla
Gula pasir secukupnya - untuk caramelised
6 bekas ramekin

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 150CF. Asingkan telur putih dan telur kuning. Simpan telur putih untuk kegunaan akan datang. 

Creme Brulee Yang Sedap

Di dalam mangkuk besar, putar telur kuning dengan gula sehingga gula hancur and adunan kembang dan berwarna kuning pucat. 

Whipping cream dipanaskan sehingga kelihatan mulqi mendidih di tepi periuk. Tuang whipping cream dan extract vanilla. Putar perlahan sehingga sebati. 

Tapis adunan ke dalam 4 bekas ramekin atau cawan kastard sehingga ¾ cawan penuh sahaja. Dengan cara ini, permukaan akan menjadi lebih licin dan rata.

Creme Brulee Yang Sedap

Susun bekas ramekin ke dalam dulang pembakar yang menpunyai pemegang untuk dibakar dengan kaedah water bath. Perlahan lahan tuang air panas ke dalam dulang tadi sehingga ianya hampir ketinggian bekas ramekin. 

Creme Brulee Yang Sedap

Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Untuk mengetahui masak dengan cara menyentuh di tengah custard dan ianya tidak melekat pada jari. 

Keluarkan dulang dari oven dan biarkan bekas ramekin di dalamnya sehingga air di dalam dulang menjadi sejuk.

Keluarkan bekas ramekin dari dulang air tadi dan lapkan air sekelilingnya. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya selama 2 jam.

Sebelum dihidangkan, keluarkan dari peti sejuk dan tabur rata dengan 2 sudu kecil gula pasir atas setiap permukaan krim kastard. 

Creme Brulee Yang Sedap

Dengan menggunakan blow torch, bakar gula sehingga cair dan menjadi karamel. 

Creme Brulee Yang Sedap

Sedia untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut atau hidangan petang yang sangat sedap.

Creme Brulee Yang Sedap

Nota:
Jika tidak terus menghidangkannya, boleh ditutup permukaan bekas ramekin dengan plastic wrap dan disimpan di dalam peti ais selama 2 hari. Tabur gula dan bakar dengan blow torch hanya sebelum ingin dihidangkan. 

Jika tidak menpunyai blow torch, letak dulang mengandungi bekas ramekin di bawah broiler sehingga gula menjadi cramelized. Sejukkan kembali ramekin ke dalam peti sejuk supaya gula menjadi keras selama 15 minit sebelum dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Creme Brulee Yang Sedap Dari Nellisa Aikha"