Sabtu, 18 April 2020

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Hari ini hari pertama sebagai pesara, saya tidak terasa sunyi dan keseorangan seperti yang saya bayangkan kerana masih dalam perintah kawalan pergerakan di mana Hubby dan anak anak ada di rumah. 

Namun walau apa pun suasananya, saya mesti hadapi. Tidak boleh menoleh ke belakang kerana masa yang lepas, tidak mungkin akan kembali lagi. Alhamdulillah, saya telah lulus dan berjaya melepasi di alam pekerjaan. Cemerlang atau tidak saya di alam pekerjaan, bukan untuk saya menentukan. Saya hanya melakukannya sahaja. Ianya adalah urusan Allah. 

Teringat kata kata Ustaz Sallehuddin selepas kami selesai melakukan wukuf di Padang Arafah, Haji mabrur atau tidak, itu bukan kerja kita. Itu urusan Allah untuk menentukannya. Jadi begitulah juga dengan urusan kehidupan yang lain. Kini saya sekarang berada di satu fasa yang baru, iaitu fasa sebagai seorang pesara. 

Insya Allah saya akan cuba mengubah segala yang mampu. Mengubah gaya hidup dan perbelanjaan. Kena lebih berjimat jimat dan berhemah berbelanja kepada perkara yang mustahak sahaja. Lagi pun rasanya keperluan saya tidak lagi banyak. Make up tidak perlu dipakai setiap hari. Baju kurung dan kemeja untuk ke pejabat tidak lagi disarung setiap hari. Begitu juga handbag tidak lagi perlu dibimbit setiap hari seperti mana hari hari ke pejabat. 

Apa yang saya perlu sekarang ialah baju lengan panjang yang selesa di rumah dan di dapur. Saya juga perlukan seluar panjang yang selesa dan nyaman untuk bergerak di tempat yang tidak ada aircond. Selain itu, saya memerlukan handphone, lap top dan naskhah Al Quran tersedia di ruang keluarga, tempat saya berehat selepas selesai urusan di dapur. OK sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan. 

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Sebenarnya telah lama saya tidak menyediakan biskut raya sendiri. Saya menpunyai resepi sendiri yang saya sediakan setiap kali hari raya. Sehingga lah anak anak mahu menyediakan resepi baru untuk biskut raya. 

Tapi hari ini, saya menyediakan sendiri biskut kerana teringin untuk makan biskut macam biskut raya. Bila biskut raya, mesti lagi sedap jika ianya menggunakan cornflakes yang disukai oleh anak anak.  

Untuk resepi ini, jika dibuat saiz agak besar, boleh dapat dalam 15 biji, tapi jika saiz cute cute comel, dapat 40 biji. Serious sangat sedap biskut ini. Syaratnya kena guna mentega asli. Lagi sedap.  

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Serious resepi ini menghasilkan biskut yang sangat sedap. Sangat harum bau mentega dan corn flakes dari Nestle, sangat rangup dan mudah disediakan. Jadi apa kata hari raya nanti, sediakan biskut ini sebagai hidangan keluarga. Menyediakannya sangat cepat. Boleh disediakan dan dihidang panas panas dari oven. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba..


Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Biskut Cornflakes Rangup dan Sedap

Bahan bahan:
130 gram tepung gandum
125 gram mentega
1 biji telur
80 gram gula kaster
70 gram cornflakes - emping jagung Nestle
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kaup balik. Tuang emping jagung dan kacau rata. 

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Sudukan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai. Susun atas parchement paper dengan dijarakkan. 

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama 35-40 minit atau sehingga kuning keemasan.  

Angkat dan sejukkan atas wire rack dan sedia untuk dinikmati. 

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya

Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap Buat Hidangan Raya


1 ulasan

  1. Assalamualaikum kak azie. Kalau saya guna unsalted butter, perlu letak garam sikit tak dalam adunan?

    BalasPadam

Add your comment