Khamis, 23 April 2020

Bancuhan Tepung Untuk Pisang Goreng

Bancuhan Tepung Pisang Goreng

Masa PKP pula ada beberapa tandan pisang di kebun kami yang telah masak serentak. Untuk ke sana, memang tak berani nanti banyak soal jawab pulak. Walaupun ke kebun, tak jumpa orang. Jadi Nelly dapatkan Grab delivery untuk ke kebun dan bawa balik pisang. Bayar murah sahaja RM25 berbanding dengan nak pergi sendiri, selain kos dan masa untuk ke sana.

Untuk menghabiskan pisang yang masak serentak, hari hari juga buat pisang goreng. Jadi saya ber eksperimen dengan pelbagai bancuhan tepung pisang goreng.

Saya mulakan dengan resepi 1. Yang ini saya guna resepi yang saya biasa gunakan untuk menyediakan pisang goreng. Rangup tapi tak tahan lama sangat kerangupannya. 

Bancuhan Tepung Pisang Goreng

Bahan bahan:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi 
1 biji telur merah
1 sudu besar air kapur
Garam
Sedikit gula
Serbuk kunyit
1 sudu besar kelapa parut
175 ml air ais


Resepi 2 pula ialah resepi yang dikongsi oleh seorang follower saya yang berniaga pisang goreng. Hasilnya rangup secara tepung tapi saya tak berapa gemar sangat. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama.


Bancuhan Tepung Pisang Goreng

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
Garam
Serbuk kunyit
175 ml air


Resepi 3. Saya lebih suka bancuhan ini. Keranggupannya bertahan lebih lama. Juga dikongsikan oleh seorang follower saya yang memberitahu yang ianya adalah berlaku atas kesilapan tetapi akhirnya kesilapan tersebut telah menghasilkan pisang goreng lebih rangup.

Bancuhan Tepung Pisang Goreng


Bahan bahan:
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung pulut
1 biji telur
1 sudu kecil kunyit serbuk
Sedikit garam
Sedikit gula - opsyenal
150 ml air atau secukupnya – (suka serdak kurang – pekatkan adunan tepung, suka serdak banyak – cairkan adunan tepung).


Resepi 4 pula ialah resepi dari follower saya juga iaitu rusmaheran2866. Resepi dari arwah mak beliau yang berniaga pisang goreng yang dikatakan confirm lagi rangup. Memang rangup tapi suami saya tidak suka rajin majerin yang lebih berminyak. Mungkin kerana saya telah terlebih meletakkan majerin berbanding dengan tepung beras yang digunakan. Insya Allah lain kali, saya akan cuba kurangkan majerin sesuai dengan tepung beras yang digunakan.



Bancuhan Tepung Pisang Goreng

Bahan bahan:
1 cawan tepung beras
½ sudu besar majerin
1 biji telur itik 
1 sudu besar kelapa parut
Sedikit air kapur
Secubit gula
Sedikit garam
Serbuk kunyit
100 ml air

Nota:
Lain kali kena kurangkan telur jika menggunakan hanya sedikit tepung beras.



2 ulasan

  1. Assalamualaikum Kak Azie,saya merupakan Salah seorang peminat blog akak.Start pkp,selamat sebulan bulqn puasa San hingga sekarang saya sentiasa dapatkan resepi di sini.Terima kasih banyak atas setiap resepi yang dikongsi.Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum akak..saya nk tanya apa punca yg menyebabkan tepung goreng yg telah digoreng menjadi keras?terlebih air kapur ke?

    BalasPadam

Add your comment