Selasa, 14 April 2020

Ayam Masak Lemak Lockdown

Ayam Masak Lemak Lockdown

Hari ini ialah hari terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rangkaian virus covid 19. Virus ini sangat menakutkan kerana serangan tidak memberikan simptom awal. Bila dikesan tanda tandanya, mungkin telah terlewat dan meninggal beberapa hari kemudian. Ianya sangat merbahaya kepada mereka yang menpunyai penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Minggu ini Nana telah ditugaskan di ward kecemasan. Ianya adalah berisiko kerana mungkin terdedah kepada pesakit yang ingin mendapat rawatan dari jangkitan covid 19. Harap pesakit lebih bertanggungjawab. Jangan berbohong dengan doktor jika anda menpunyai simpton, atau sejarah perjalanan atau contact dengan pesakit positif covid 19 yang diketahui. 

Juita juga menghantar mesej untuk balik ke Malaysia. Lebih awal 3 bulan dari tarikh yang sepatutnya. Saya sedih kerana dia balik dalam keadaan seperti ini. Ya lah setiba di Malaysia, kena menjalani kuarantin pula. Apa apa pun, tolong doakan Nana dan Juita dipermudahkan dalam segala urusan mereka. Aameen. 


Ayam Masak Lemak Lockdown

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi lauk mudah yang sesuai untuk hidangan semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan. Oleh kerana Ramadhan kali ini, kita akan berpuasa dalam PKP di mana kita tidak dapat menunaikan solat terawih di surau atau masjid, maka saya mahu namakan resepi ini sebagai Ayam Masak Lemak Lockdown. 

Waktu berbuka, kita tak mahu makan masakan yang pedas nanti sakit perut atau memberi masalah pada mereka yang menpunyai masalah gastrik. Sama sama beringat ingat dan jaga kesihatan terutama musim covid 19 ini. Kena minum banyak air. Kita kena sihat supaya daya tahan badan kuat. 

Setiap kali hendak memasak ayam, pasti kepala pusing. Tak tahu nak masak apa. Asyik asyik kari jer atau gula ayam sahaja. Jadi bila teringat masak lemak, pasti yang terbayang ialah masak lemak cili api. Tapi masalahnya, Nelly tak suka makan pedas.

Jadi saya masak lemak yang tidak menggunakan banyak cili padi bagi mengurangkan kepedasannya. Untuk menghasilkan masak lemak yang cantik, gunalah santan segar. Tengok kuah masak lemak saya hari ini, cantik sangat.

Jom layan resepi yang saya guna har ini. Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk melihat cara penyediaannya dengan lebih jelas. Selamat mencuba.....


Ayam Masak Lemak Lockdown

Ayam Masak Lemak 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 batang serai - ketuk
500 gram santan segar
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
1 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - boleh lebihkan

Cara-cara:
Ayam dilumur dengan sedikit serbuk kunyit. Jika mahu, boleh juga tabur sedikit garam. Ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga niak bau. 

Masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. 

Ayam Masak Lemak Lockdown

Masukkan sedikit air. Setelah hampir mendidih, masukkan santan. Kacau supaya santan tidak berketul. 

Ayam Masak Lemak Lockdown

Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. 

Ayam Masak Lemak Lockdown



Add your comment