Isnin, 6 April 2020

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Alhamdulillah daya ingatan saya yang membolehkan saya sangat mengingati  apa apa yang dikatakan atau apa yang didengar walaupun berpuluh tahun lamanya. Malahan apa yang didengar sejak kecil pun, saya boleh mengulangi dailognya.

Tapi kebelakangan ini, saya mula susah untuk mengingati. Mungkin faktor umur agaknya. Ada perkara yang saya ingat dan ada perkara yang sukar diingati. Memori yang terpilih pilih yang kadang kadang kita guna tanpa sedar seolah kita tidak fokus pada situation itu. 

Tapi yang pasti, apa yang kita lupa adalah sesuatu yang bukan signifikan dalam hidup kita. Jadi kita raikan memori kita untuk mengingati benda yang signifikan dalam hidup kita seperti famili atau sesuatu yang kita sayangi seperti momen bersama cucu cucu. Ada sebab kenapa kita lupa. Dikuatiri kita akan terus bersedih jika masih mengingati semua perkara yang pernah kita tempuhi sepanjang hidup.  

Ada juga benda menyakitkan yang saya pilih untuk tidak mengingatinya. Perbuatan khianat dan komplot penipuan yang dilakukan kepada saya yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat. 

Diri saya dihina dan maruah saya dipijak pijak. Ada ketika ianya datang menjelma. Namun saya cepat cepat menepis dan membuangnya jauh jauh setiap kali bayangan peristiwa itu muncul di ingatan. Saya tidak mahu melihat 2 orang manusia ini kalau boleh sampai bila bila. Ianya supaya luka hati saya tidak berdarah lagi. Juga supaya tidak lagi merasa sedih. 

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Resepi yang saya kongsikan hari ini adalah resepi yang saya ubahsuai dari resepi ayam 3 perempuan gemuk. Hahaha sebab saya tak suka nama itu, jadi saya namakan resepi ini sebagai ayam kicap daun kari sahaja. Memang ini pun cara saya memasak kicap masak saya baru baru belajar memasak dulu. Cuma tidak diletakkan daun kari sahaja. 

Menyediakannya sangat mudah, bahan bahan pun ringkas dan yang penting, rasanya sedap. Jadi apa tunggu lagi, masa perintah kawalan pergerakan ini, bolehlah cuba. Jika ngam dengan citarasa, boleh masak masa berbuka puasa tidak lama lagi.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Ayam Masak Kicap Daun Kari

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Bahan bahan:
1 ekor ayam 
3 pelepah daun kari
2 batang serai - ketuk
5 tangkai cili padi - ketuk
1 tangkai cili merah - belah 2
4-5 sudu besar kicap lemak manis
Garam
Gula

Bahan kisar:
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara;
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak. Angkat dan ketepikan. 

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kari dan serai sehingga naik bau. 

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Masukkan kicap lemak manis dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Ayam Masak Kicap Daun Kari

Masukkan ayam dan biarkan merenih supaya rasanya sebati. Masukkan cili merah dan cili padi.

Ayam Masak Kicap Daun Kari


1 ulasan

  1. Wak kalau makan ayam suka yang bahagian tulang2.
    Isi2 tak mau

    BalasPadam

Add your comment