Rabu, 29 April 2020

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Sempena bulan Ramadhan ini, kita digalakkan memperbanyakkan sedekah. Lebih lebih lagi masa Perintah Kawalan Pergerakan, bila ramai orang yang tidak boleh keluar mencari nafkah. Walaupun ada bantuan dari kerajaan, mungkin tidak mencukupi. 

Jadi kita usahakan untuk mengambil peluang bersedekah kerana janji Allah akan sedekah ini sangat tinggi pahalanya. Ganjaran sedekah sehingga 700 kali ganda. Sedekah RM1 seolah kita bersedekah RM700. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).  

Manusia perlu diberi peringatan dari masa ke semasa. Kita perlu sentiasa di peringatkan. Apa yang saya missed sangat sangat saat ini ialah tazkirah kuliah Zohor di surau tingkat 2B BNM. Berada dalam majlis ilmu adalah syurga dunia. Mendengar pula majlis ilmu. Saat itu yang saya tunggu setiap hari bekerja di bulan Ramadhan.

Sekarang ini bukan sahaja kerana saya telah bersara tapi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, tak dapat lagi menghadiri majlis ilmu di surau berdekatan rumah. Jadi saya berusaha untuk mengingatkan diri sendiri atas apa apa yang telah diajar dalam majlis majlis ilmu yang saya hadiri sebelum ini.   

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Hidangan kuih untuk berbuka di hari kedua Ramadhan. Saya memang makan kuih muih basah atau berkuah untuk berbuka. Orang Kelantan kan. Biasa makan kuih biji nangka, nekbat, sira pisang, cendol atau apa apa yang jenis basah. Berbeza dengan suami dan anak anak yang suka makan kuih muih kering seperti karipap, roti john dsb. 

Berbaloi baloi buat agar agar ini. Hari hari selepas solat terawih, buka peti dan mengunyah agar agar ni. Makan sejuk sejuk, sangat nyaman. Rasanya pun secukup jer, tak manis. Bahannya pun mudah. Bolehlah anda semua mencubanya. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Agar Agar Santan Sirap Ros

Bahan A:
10 gm atau 11 gm serbuk agar agar
1 liter air 
150 gm gula pasir 
1-2 sudu besar sirap rose 
1 helai daun pandan

Bahan B:
1 kotak santan kotak M&S - 200 ml
1 biji telur 
Secubit garam

Cara-cara:
Masak air bersama gula, serbuk agar-agar dan daun pandan sehingga gula larut. 

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Masukkan santan yang telah dikocok dengan telur dan garam. 

Kacau sehingga mendidih atas api sederhana. Biarkan selama 1-2 minit sambil dikacau untuk mengelakkan ianya membuak dan melimpah dari periuk. 

Kacau sehingga santan kelihatan berbintil bintil. Bolehlah ditutup api. 

Basahkan loyang dan tuang adunan agar agar. Biarkan sehingga mengeras sebelum disimpan di dalam peti ais. 

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Sedap dimakan ketika sejuk sejuk. Sedia untuk dihidangkan.  

Agar Agar Santan Sirap Rose Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa


Add your comment