Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Ikan Bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Sebelum masuk bab Sambal Tumis Ikan Bilis, kita citer citer dulu bab perkembangan semasa berkenaan wabak covid 19. Tiba tiba mata saya bergenang membaca posting di Instagram Tuanku Raja Permaisuri Agong memberitahu 9 orang petugas istana disahkan positif covid 19 dan baginda contact kepada kesemua 9 petugas tersebut. 

Sekarang hanya baginda sekeluarga kuarantine dalam bilik masing masing di istana bersama 3 orang pembantu. Saya mendoakan agar baginda sekeluarga dan semua yang berada di istana sekarang dijauhkan dari wabak covid 19. Semoga mereka sihat walafiat. Juga supaya kita semua juga dilindungi Allah dari wabak ini. Aameen. 


Nasi Lemak Nostalgia Azie Kitchen

Semalam Putera Charles juga disahkan positif. Saya melihat wabak ini umpama Yakjuj Majjuk yang mencari dan mematikan ramai orang tanpa mengira status dan latarbelakang. Ianya adalah suatu yang invisble yang menyerang secara senyap tanpa memberi apa apa gejala. Bila gejala muncul, sudah terlambat untuk mendapat rawatan terutama kepada mereka yang menpunyai penyakit kronik.  

Serangan wabak virus ini tidak sama dengan serangan penyakit lain. Apa lagi virus covid 19 yang tidak memberi simpton awal pada mereka yang dijangkiti. Amat menakutkan. Kita boleh dijangkiti tanpa kita sedari dan boleh maut kerana masih tiada penawar setakat ini. Jagalah keluarga kita. Amalkan penjarakan sosial walaupun sesama ahli keluarga.

Buat sementara waktu ini, tak perlulah nak fikir sangat bab kerja kecuali jika pekerjaan anda jatuh dalam kategori perkhidmatan kritikal. Boleh tengok yang mana service kritikal yang perlu bertugas dan yang mana tak kritikal yang perlu berada di rumah. Yang tak urgent, tak perlu nak jadikan seolah ianya urgent.  

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Sekarang kita masuk pula bab sambal tumis ikan bilis. Saya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis ini untuk dihidangkan sebagai lauk nasi lemak pagi esok. Hanya yang basic sahaja iaitu sambal, telur mata, timun dan ayam goreng. 

Masa krisis macam ni lah kita belajar untuk hidup dan makan seadanya. Saya hanya sediakan satu lauk sahaja setiap hari. Saya pun makan nasi hanya sekali sahaja sehari. Lauk yang sama diulang makan di sebelah malam. Alhamdulillah Hubby dan anak anak pun tidak cerewet bab makan.

Ada banyak cara untuk menyediakan sambal tumis ikan bilis. Terpulang lah cara mana nak ikut. Saya buat ikut semua cara. Barulah rasa dapat dipelbagaikan. Ada yang menggoreng garing ikan bilis dan dimasukkan setelah sambal siap. Ada yang memasukkan ikan bilis semua sekali bersama bahan bahan lain. Ini cara arwah Bonda mertua saya, pun sedap. Ada yang menggoreng ikan bilis separuh masak seperti cara saya hari ini.

Saya lebih suka sambal yang sedikit rasa manis, lebih dari rasa masin dan masam. Bab rasa ni, ikutlah selera masing masing. Tekak kita semua kan berbeza. Jadi ikut tekak masing masing.  

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba... 


Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram  ikan bilis
2 biji bawang besar  - hiris 
1 sudu kecil pes asam jawa 
1 sudu kecil garam kasar 
¼ keping gula Melaka
1 sudu besar gula pasir 
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
6 sudu besar cili kisar  
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih 
Sedikit belacan - opsyenal, tak letak 

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Tuangkan bahan kisar dan cili kering kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Masukkan sedikit gula, air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 

Sambal Tumis Ikan Bilis Azie Kitchen

Akhir sekali, taburkan sedikit lagi gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.

Nota: 
Boleh ceduk keluar minyak berlebihan.


1 ulasan for "Sambal Tumis Ikan Bilis"