Sambal Telur Rebus Sedap
Sejak beberapa minggu yang lalu, negara dilanda kemelut politik berikutan Parti Pribumi BERSATU keluar dari Pakatan Harapan disusuli peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan berakhir dengan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan. Semalam iaitu 1 Mac 2020, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Saya sebenarnya malas untuk komen atau mengikuti pergolakan ini. Sekadar pasang telinga sekali sekala sahaja dalam group WhatsApp. Saya ikut apa yang dipesan oleh Dr Nordin Darus supaya tidak campur tangan hal politik kalau ianya tidak melibatkan kita. Apa yang melibatkan kita ialah mengundi dalam pilihanraya, bila tiba masanya untuk memilih calon wakil rakyat.
Siapa pun pemimpin yang menang, kita secara individu masih sama, tak ada apa apa kepentingan pun. Komen yang dibuat di group WhatsApp dan social media kadang kadang boleh menimbulkan pergaduhan sesama sendiri. Itu yang saya cuba elakkan. Saya juga tidak mahu stress yang tidak sepatutnya. Yang pasti, saya juga punya pendapat dan pandangan sendiri, yang saya perlu simpan atau paling tidak pun, berbincang dengan Hubby sahaja. OK lah sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan.
Sambal telur rebus kali ini saya sediakan kuah sambal yang pekat. Sebenarnya memasak ini terpulang kepada citarasa masing masing. Satu resepi boleh diubahsuai untuk menghasilkan lauk sambal yang samada suka berkuah atau suka kering. Jika suka basah, masukkan lah air.
Serious lauk sambal telur rebus hari ini sangat sedap, sedap tak terkira sehingga saya makan menambah sebanyak 3 kali.

Saya buat sedikit kelainan di mana, saya menabur bawang besar goreng di atas. Ala ala masak darat. Cara cara lain untuk memasukkan bawang besar ialah dengan menumis bawang besar sebelum dimasukkan bahan kisar atau bawang besar dimasukkan di akhir sekali. Bila bawang besar dah layu, sambal pun siap dan bolehlah ditutup api.
Semua cara pun boleh. Kalau buat cara yang saya buat hari ini, sedap dapat mengunyah bawang besar. Manis manis rasa bawang besar goreng.

Jom layan resepi di bawah ini dan selamat mencuba..
Sambal Telur Rebus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 biji telur rebus
2-3 sudu besar cili kering kisar
2-3 sudu besar sos cili
Garam
Bahan kisar:
1 biji buah tomato - saiz besar
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sehingga kelihatan berasap. Masukkan telur rebus dengan menggunakan senduk yang panjang untuk mengelak percikan minyak panas ke tangan.
Balik balikkan supaya perang sekata. Dengan telur rebus akan menjadi lebih cantik dan tidak keras lapisan luar nya. Boleh lihat gambar di bawah.

Keluarkan sedikit minyak menggoreng telur tadi dan goreng bawang besar hiris sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak dan terbit minyak.
Telur rebus mmg sedap dimasak pelbagai, sama Ada sambal kari mahupun masak lemak. Terima kasih Pn Haziah kerana begitu banyak berkongsi resepi2 yg selalu saya gunakan selama ini ketika memasak. Semoga pn sentiasa sihat sejahtera dn dapat berkongsi lebih banyak resepi dengan pembaca blog
BalasPadam