Pengat Pisang Kebatu Sedap
Seusia saya, manusia melakukan tawaf tanpa henti. Kaabah adalah pasak bumi dan manusia yang melakukan tawaf yang akan menyeimbangkan bumi umpama stabilnya gasing bila ianya berputar laju. Bila gasing tidak berputar, ia akan tumbang dan rebah.
Tapi kali ini tiada lagi manusia yang melakukan tawaf. Manusia dilarang untuk mengerjakan umrah berikutan wabak covid 19. Jika ianya berterusan sehingga Ramadhan, bererti lampu kuning telah menyala untuk kita bersiap sedia. Jika ianya berterusan sehingga tiada lagi musim Haji, maka lampu merah sudah menyala.
Bersiap sedia lah untuk kita menhadapi kemusnahan dunia dan untuk kita mengadap Illahi. Perbanyakkan beristighfar kerana Allah Maha Pengampun. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari, baca surah Al Kahfi. Jangan lupa untuk menghafal 10 ayat pertama surah tersebut yang boleh melindungi kita dari dajjal. Mungkin dajjal buat masa kini ialah virus covid 19.
Saya menyediakan pengat pisang kebatu ini menggunakan pisang yang diambil dari kebun. Tak mahu membazir lagi pun semua bahan memang tersedia di rumah. Ada santan kotak, ada sagu, ada gula Melaka yang dibawa dari Kelantan. Boleh jalan jer. Saya makan pengat untuk mengisi perut sehingga petang, baru jamah sedikit nasi.
Kalau ada anak anak yang ingin melihat cara saya menyediakan pengat, boleh tengok di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Biasanya kuah pengat akan lebih pekat selepas ianya sejuk. Jadi kena agak agaklah kuah. Lebih lebih lagi bila kita ada menggunakan sagu.
Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...
Pengat Pisang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
7 biji pisang kebatu
1 ½ keping gula Melaka - 140 gram
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
200 ml santan
700-800 ml air atau secukupnya
2-3 sudu besar biji sagu
2-3 sudu besar biji sagu
Cara cara:
Pisang dikupas dan potong mengikut yang disukai. Ketepikan.
Masak sedikit air dengan gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga gula larut. Masukkan daun pandan.
Masukkan pisang dan biarkan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Kacau rata.
Sementara itu, masak sagu sehingga ianya menjadi jernih. Setelah jernih, masukkan air dan kacau rata. Tuang ke dalam bekas penapis untuk mendapat sagu yang jernih.
Akhir sekali masukkan biji sagu dan garam. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk ditutup api.
Nota:
1 keping gula Melaka kecil yang beratnya 92 gram.
1 keping gula Melaka kecil yang beratnya 92 gram.
Catat Ulasan for "Pengat Pisang Kebatu Sedap"
Add your comment