Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nutella Brownies

Nutella Brownies

Hari ini adalah hari ke6 perintah kawalan pergerakan. Tapi macam biasalah masih ada rakyat yang memandang ringan dengan larangan ini sehingga memaksa pihak berkuasa menggunakan perkhidmatan angkatan tentera pula untuk membantu. 

Memang ramai yang macam ni. Walaupun bukan dalam kategori perkhidmatan kritikal, tapi ramai yang pergi ke pejabat. Mereka ingat mereka kalis dengan virus ini. Kalau mengikut undang undang, larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah mengatasi larangan majikan kepada pekerja. 

Telah seminggu di rumah, hari ini Nelly keluar ke Jaya Grocer di Emporis untuk membeli bahan bahan mustahak yang telah kehabisan. Hahaha apa yang mustahak tu? Selain bahan masakan, juga sabun mencuci pinggan dan ubat gigi untuk dikira sebagai keperluan asas. OK lah sekarang kita beralih pula bab masakan.

Hari hari kita dok tayang lauk pauk jer. Sekarang kita tayang pula kuih yang disukai oleh anak anak iaitu Nutella Brownie hari ini disediakan oleh Nellisa. Saya cuma bertugas mengambil gambar sahaja. 

Bahan bahan yang digunakan sangat simple dan tidak banyak. Chocolate chips dan almond tu, kalau tak ada pun ok. Tak perlu letak. Memasak waktu perintah kawalan pergerakan ini kena kreatif. Guna jer apa apa bahan yang ada. Jangan nak pergi ke kedai tanpa pembelian mustahak.

Haa apa lagi? Jika ada bahan bolehlah ramai ramai mencuba resepi ini. Cuma 3 bahan utama sahaja. Duduk di rumah ini, mulut rasa nak mengunyah jer walaupun masih kekenyangan. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba. 


Nutella Brownies

Nutella Brownies

Bahan bahan:
240 gram nutella
2 biji telur
9 sudu besar tepung serba guna
2 sudu besar chocolate chips - opsyenal
1 sudu besar kacang almond - opsyenal

Cara cara:
Satukan semua bahan dan putar sehingga sebati. 

Nutella Brownies

Nutella Brownies

Sediakan loyang saiz 10” x 7" dan lapik dengan baking paper atau di spray. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. 

Nutella Brownies

Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-30 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong. 


1 ulasan for "Nutella Brownies"