Isnin, 30 Mac 2020

Kari Kambing

Kari Kambing

Hari ini adalah hari ke13 Perintah Kawalan Pergerakan. Pagi tadi Hubby ke hospital untuk mengambil ubat. Katanya orang ramai jer di hospital, kereta parking di sepanjang jalan depan hospital macam biasa. Di jalan raya juga banyak kenderaan. Hmm apalah agaknya tujuan mereka. 

Kalau di China, masa lock down, memang sepi jalan raya. Sebabnya tiada pengangkutan awam dan stesyen minyak juga ditutup. Tak kan lah Malaysia nak buat macam ni baru orang tak keluar.

Tapi terfikir juga, bagi mereka yang tinggal di rumah kecil atau apartment, pasti susah atau tidak selesa untuk berada di rumah terutama kalau ahli keluarga yang ramai. Kalau macam rumah kami, dengan laman yang besar sudah tentu macam macam aktiviti boleh dilakukan di luar rumah. Dalam rumah juga, masing masing boleh melakukan aktiviti sendiri. Apa apa pun jaga diri, jaga kesihatan kerana andai dijangkiti covid 19, pastinya anda akan bersendirian di hospital. Tanpa ahli keluarga datang melawat. OK sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Kari Kambing

Saya menyediakan kari kambing dengan kuah pekat pekat ini untuk dimakan dengan homemade roti canai. Walaupun roti canai saya tidak berapa menjadi, tapi ada rasa dan boleh makan umpama lempeng gitu. 

Kari kambing hari ini, selain dimakan dengan nasi putih, Hubby juga mencicah dengan roti. Memang sedap jika kuahnya sedikit pekat. 

Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini. Jika tiada kambing, boleh juga menggunakan tulang lembut. Selamat mencuba. 


Kari Kambing

Kari Kambing

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
2 biji ubi kentang
4-5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging 
250 ml santan kotak
1 keping asam keping - atau pes asam jawa
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.

Kari Kambing

Setelah itu, dimasukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak. Nota: saya rebus dahulu daging dengan periuk tekanan selama 20 minit.

Kari Kambing

Setelah itu, masukkan air/air rebusan daging secukupnya dan ubi kentang. Biarkan mendidih dan masukkan pula santan. Kacau rata dan masak sehingga kuah benar benar terbit minyak. 

Kari Kambing

Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.

Kari Kambing


2 ulasan

  1. Saya dah cuba resepi ni untuk juadah berbuka, cuma half portion. Alhamdulillah sedap sangat. Terima kasih puan Azie. Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik serta rezeki yang tidak putus-putus

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terima kasih puan..sejak saya bernikah resepi puanlah saya gunakan selama ini. mohon halal segalanya ye. semua menjadi dan kena dgn tekak saya

    BalasPadam

Add your comment