Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap


Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Sebelum kita mulakan, nak tanya kalau dah klik iklan google di blog saya? Bukan apa, ramai yang takut kalau iklan tersebut menyebabkan virus. Jawabnya, tidak kerana iklan tersebut memang di endorse oleh google. Iklan google akan memberi income pada blogger. 

Kalau minggu lepas saya kongsikan resepi Nasi Goreng Sosej mengikut cara Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di SINI, kali ini saya kongsikan pula nasi goreng baginda yang kedua iaitu nasi goreng mentega. 

Saya pernah makan nasi goreng telur yang sedap seperti ini di tingkat bawah Kompleks Pertama ketika baru baru memulakan pekerjaan di Kuala Lumpur. Sangat sedap. Nasinya hanya ada telur sahaja. Tiada sayuran pun. Nasi dihidangkan dengan daging goreng ala ala daging dendeng di mana daging seperti di ketuk. 

Tapi sayang kerana kedai itu pun dah tak ada di Kompleks Pertama. Itulah tempat dating kalau Hubby datang dari Kuantan. Ketika itu, Hubby masih bertugas dengan UiTM Kuantan. Saya pula tinggal bujang di rumah sewa di Kampung Baru. 

Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Berbalik pada nasi goreng mentega, sangat sedap nasi goreng ini dengan rasa menteganya. Nasi goreng ini biasa sahaja dari segi bahan bahan dan cara penyediaannya. Cuma ada penggunaaan mentega yang memberi kelainan rasa. Kalau tak ada mentega, boleh jer guna minyak masak biasa.

Tapi bak kata Sultan Johor semasa memasak nasi goreng, jangan kedekut dengan telur. Masuk banyak banyak supaya lagi sedap. Biar telur nampak kasar kasar atas nasi. Ramai yang dah tengok video Tunku Azizah, jadi jom lah ramai ramai pakat mencuba resepi ini. Pasti anak anak akan menyukai rasanya. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji telur
2-3 sudu besar mentega
Garam
Serbuk lada sulah

Cara cara:
Panaskan mentega. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga keperangan. 

Masukkan telur. Setelah hampir separuh masak, baru telur dikacau. 

Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Masukkan nasi putih dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. 

Akhir sekali, masukkan daging bakar yang telah dihiris nipis. Kacau sebati. 

Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong

Selepas tutup api, masukkan 1 sudu mentega dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. Nota: jika tak suka pun, OK tapi rasa mentega atas nasi memang sedap dengan rasa lemak lemak. 

Nasi Goreng Mentega Raja Permaisuri Agong



2 ulasan for "Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap"

  1. Assalamualaikum Sis Azie, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  2. anak saya memang suka nasi goreng mentega kak...resepi ringkas pagi2 bawak bekal ke sekolah...

    BalasPadam