Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang


Mungkin sebab badan belum betul betul sihat selepas dua kali menjalani operation memecahkan batu karang, kami telah ke Bangkok, Jakarta dan kemudian ke Avillion Port Dickson bersama anak anak dan cucu cucu, dari pertengahan Disember sehingga minggu pertama Januari 2020 menjadikan kesihatan saya terganggu dengan demam secara on and off. 

Walaupun di PD, saya tidak keluar dari chalet namun, cuaca panas tidak sedikit sebanyak telah menyebabkan kesihatan saya yang belum betul betul pulih telah kembali terganggu. Walaupun mengambil panadol tapi suhu badan masih 38.2 menyebabkan saya terpaksa bercuti sakit di awal awal tahun lagi.


Tapi bila fikirkan balik, siapa yang mahu badan tak sihat. Jika diberi pilihan samada wang banyak sekali pun, kita pasti akan memilih sihat kerana nikmat sihat sangat mahal harganya. Bukan saya yang mahukan ia jadi macam ni. Tak perlu difikirkan sangat apa yang orang lain fikir kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. 

Oleh kerana saya bercuti sakit, Hubby meminta Ros datang sekali bersama Ammar kerana mereka akan keluar untuk ke sekolah Ammar agak lewat sedikit. Jadi sementara Ros, ada di rumah, dia telah tolong menyediakan sup tulang untuk makan tengahari saya. 


Bila kita tidak sihat, makan sup memang sangat membantu terutama sup ayam. Semalam saya sediakan sup ayam. Hari ini yang ada dalam peti ais hanya tulang sahaja. Jadi itulah saya memasak sup tulang.

Hari ini, saya ingin kongsikan resepi sup tulang yang simple tapi lain dari yang biasa saya buat. Saya belajar dari Ros mengikut cara orang Indonesia menyediakan sup. Siap sekali disediakan sambal kicap.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan selamat mencuba...



Sup Tulang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang rusuk
2 biji ubi kentang
2 inci lengkuas - ketuk
1 kiub perasa daging
1 keping asam keping - atau buah tomato/air limau nipis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 batang kulit kayu manis
4-5 tangkai bunga cengkih
Garam

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji buah keras

Bahan hiasan:
Daun sup
bawang goreng

Bahan Sambal kicap:
1 genggam cili padi
1 labu bawang putih
Kicap lemak manis
Garam
Gula
1 biji limau kasturi - jus 

Cara cara:
Rebus tulang seketika dan buangkan air yang mengandungi lemak lemak dan gantikan dengan air baru. Masukkan ke dalam periuk tekanan dan rebus selama 20 minit.

Pindahkan ke dalam periuk lain dan masukkan ubi kentang. Masukkan juga kiub perasa daging. Masak sehingga ubi kentang empuk.

Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan lengkuas serta bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Tuang semua bahan tumisan ke dalam daging yang telah direbus tadi.

Masukkan garam, serbuk lada sulah secukup rasa dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk sambal pula, tumis cili dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga nampak keperangan. Masukkan kesemua sekali ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Bolehlah perah air limau kasturi dan sesuaikan rasa secukupnya. 


5 ulasan for "Sup Tulang "

  1. Salam, Kak Azie. Kelihatan sangat menyelerakan sekali supnya tu. Sy juga bercuti sakit semalam, jarang2 sy bercuti sakit, apalagi sakit di awal tahun namun terpaksa jua bercuti takut terjangkit dengan kawan2 lain. Apapun sy berdoa agar Kak Azie segera diberi kesembuhan, Aminnn.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.

    semoga cpt sembuh, kak azie.
    nampak sedap sup tulang tu :)

    BalasPadam
  3. sedapnya sop tulang...mcm orang johor. siap ngan lada kicap. same time, jaga kesihatan ya.

    BalasPadam
  4. Semoga Kak Azie cepat sembuh. Take it easy, yea.

    BalasPadam
  5. Kak azie boleh kah share kuantiti utk 50;org makan. V

    BalasPadam