Rabu, 29 Januari 2020

Hari 2: Percutian ke Jakarta Di Pasar Mayestik


Walaupun macam dah lama tertangguh, saya tuliskan juga sambungan percutian kami ke Jakarta untuk rujukan kami di masa akan datang. Terlalu sibuk dengan penjualan buku masakan saya iaitu 101 Resepi Dari Azie Kitchen. Siapa dah beli buku ini? Waah tahniah. Kepada yang belum beli, buku ini ada dijual di kedai buku Popular dengan harga RM29.90 sahaja. Jangan lupa membeli untuk koleksi peribadi atau sebagai hadiah.

Sekarang kita sambung. Entri sebelum ini di SINI. Hari kedua di Jakarta, kami turun bersarapan agak awal. Seperti biasa setiap hari semasa menginap di sini, saya akan mencari buah salak pondoh terlebih dahulu. Memang sedap sangat dengan rasanya yang manis manis kelat. 

Selepas makan, kami naik bilik dan berehat. Hubby menanya kalau saya mahu ke Pasar Mayestik. Hajat hati untuk menunggu Nelly sampai baru sama sama ke sana. Tapi bila dikira, jarak pasar Mayestik dengan hotel yang tidak jauh, saya setuju untuk ke sana. Lagi pulak, dapat makan bakso di bangunan tengah pasar mayestik. 


Tapi agaknya kerana tidak sihat menyebabkan Bakso yang dimakan, terasa tidak sesedap dulu. Saya makan sikit jer, terus pass pada orang lain.




Selepas makan, saya masuk ke beberapa kedai menjual fabrik tapi sayang tiada yang saya berkenan. Ada sepasang lace yang saya suka tapi harganya sangat mahal. Maksudnya mahal kalau tidak menpunyai majlis tertentu. 

Lain kalau kita menjadi hos majlis perkahwinan, boleh pakai yang glam sikit. Tapi tidak sesuai, jika hadir sebagai tetamu, boleh menenggelamkan tuan rumah pula. Sebelum balik, saya beli sepasang lace yang saya nampak lebih cantik dan sesuai dengan citarasa saya. 

Balik dari Pasar Mayestik, saya terus tidur sehingga malam bila Hubby mengajak keluar mencari makan malam di Grand Indonesia yang terletak seberang jalan dari pintu hotel sahaja.  Kami singgah di Restoran Thai di mana Aween dan Hubby sahaja yang memesan makanan. Saya memang tiada selera langsung untuk menjamah makanan. 

Balik bilik, saya sambung tidur. Hubby keluar dengan grab untuk mengambil Nelly yang baru sampai di airport. Saya pun tak pasti pukul berapa mereka balik. 


Add your comment