Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Hari ini Selangor bercuti sempena Hari Keputeraaan DYMM Sultan Selangor yang ke 74. Selamat bercuti semua. Cuti cuti di rumah tu, meh layan baca entri saya kali ini. Sebelum itu, saya mulakan dengan intipati Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati dalam fasa ketiga iaitu bab lidah. 

Berkata pengarang kitab bahawasa nya Allah menjadikan lidah bagi fungsi dan tujuan tertentu. Nikmat lidah adalah anggota untuk kita berkata kata. Apa kerja lidah? Untuk memenuhi tuntutan yang digaris oelh agama supaya kita tidak disoal akan nikmat lidah yang dikurniakan. Banyak dosa dan siksa bermula dari lidah dari perkataan yang keluar dari mulut kita. 

Pertama fungsi lidah untuk membaca Al Quran. Membaca 1 huruf. Allah kurniakan 10 pahala. Dengan membaca Al Quran akan melembutkan hati kita. Begitu juga fungsi lidah untuk kita membaca hadis nabi. Lidah juga diguna untuk segala zikir. Antara zikir mudah yang diajar Rasulullah ialah kalimah yang ringan dilidah tapi berat di timbangan, "subhanallaahi wabihamdihi subhanallaahil adziim". 

Fungsi lidah juga adalah menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan. Paling kurang cegah dengan hati jika tak dapat tegur perkara mungkar dengan mulut. Contoh jika ada boss yang dah tua tapi masih memakai skirt atau masih tak menutup aurat, pasti kita tidak dapat menegur. Jadi dalam hati kena ada rasa tak suka dengan kemungkaran yang berlaku. Kalau kita tak ada rasa apa apa bila melihat kemungkaran, tandanya hati kita telah mati. 

Fungsi lidah juga untuk memberi nasihat pada orang Islam dan menunaikan hajat orang lain. Beri kebaikan pada orang lain dengan memberi nasihat iaitu tunjuk jalan kebaikan pada orang lain. Serta fungsi lidah adalah mendamaikan bila mereka ada perselisihan. 

Ustaz juga menyentuh bab dosa besar yang tidak gugur dengan membuat kebajikan dan amal soleh. Dosa besar mestilah dengan taubat yang mengikut rukun rukun taubat. Jauhkan dari kamu akan banyak sangka buruk pada orang yang zahirnya baik. Hukumnya haram bagi kita berburuk sangka jika mereka pada zahirnya kelihatan baik. Kerana bahawasanya setengah dari sangka itu dosa. Jangan kamu cari dan periksa aib orang lain. Allah suruh cari dosa kita sendiri. Berdoa supaya Allah tutup aib kita. Apa tah lagi aib orang lain

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Kuih bakar ini ada pelbagai variasi, jika suka boleh dimasukkan serbuk kulit kayu manis atau dimasukkan air daun limau purut. Semua pun boleh. Resepi yang menggunakan bahan bahan ini juga ada dalam blog Azie Kitchen di SINI. Tapi resepi di dalam entri ini adalah resepi original atau tradisional kuih bakar.

Memang menjadi hasrat saya supaya pelbagai resepi tersedia di blog. Bukan hanya satu cara sahaja. Jadi  ianya memberi plihan pada follower saya untuk mencuba pelbagai variasi resepi untuk satu satu kuih atau masakan. 

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Saya sangat suka dengan kuih bakar hari ini dan sangat berpuas hati dengan kejadiannya. Cukup terasa lemaknya di mana saya menggunakan ¼ kg santan segar yang sama dengan sebiji kelapa kerana ianya langsung tidak diperah menggunakan air. 

Serious saya sangat suka dengan resepi ini. Cuba tengok gambar di atas, permukaan atas kuih yang basah basah dan lemak lemak. Aduhaai kalau lah tidak kerana nasihat doktor supaya mengurangkan makanan manis, pastinya saya boleh habiskan sebiji kuih sekali makan sahaja.   

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Cukup sesuai juga kemanisannya untuk kuih. Bak kata arwah Kak Lok pada saya, nama pun kuih, mesti lah manis. Jika bukan manis, itu bukan kuih namanya. Namun begitu, jangan lah manis berlebihan tapi cukup sekadar terasa manis. 

Tapi itu pun ikutlah selera masing masing, jika mahu kurangkan gula pun boleh. Kita yang membuatnya, jadi suka hati kitalah kan. Sempena cuti ini bolehlah cuba resepi ni, menyediakannya sangat cepat. Bancuh adunan dan terus masukkan dalam oven. Dah siap boleh hidangkan untuk hidangan minum petang.

Jom layan resepi keeper recipe yang terbaik saya di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....


Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Kuih Bakar Kemboja
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan 3 biji

Bahan bahan:
1 cawan telur - 5 biji
½ cawan santan pekat - dari 1biji kelapa parut
¼ cawan gula
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Bijan - sangai seketika 

Cara cara:
Kisar daun pandan dengan ½ cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 2 ½ cawan santan yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau. Nota: saya kisar air daun pandan dengan 1/2 cawan air dan satukan dengan santan pekat menjadikan jumlah santan yang diperlukan.

Satukan telur dengan gula dan kacau menggunakan whisk sekadar gula hancur. 


Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Masukkan separuh dari tepung berselang seli dengan santan. Tapis untuk mendapatkan adunan yang halus. 

Lenser loyang kemboja dengan mentega dan tabur tepung.  Ketuk untuk membuang lebihan tepung. 

Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30 minit atau sehingga garing yang disukai. Nota: saya bakar selama 50 minit untuk kuih yang garing.


Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen

Bila kuih separuh masak, baru ditabur bijan di atas kuih supaya bijan tidak mendap. 

Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen


8 ulasan for "Kuih Bakar Kemboja Istimewa Azie Kitchen"

  1. Terima kasih puan atas perkongian resepinye. Ini kuih kegemaran mak dan saya. Zaman sekarang kalau dibeli dibandar rasanye mcm kek.

    BalasPadam
  2. 1 cawan agaknya berapa bijik telur, Azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dalam 5 biji. sis tengok lah video. saya sediakan dg penuh kasih sayang. hahaha

      Padam
  3. Knp saye buat jd lembik?

    BalasPadam
  4. Assalam Kak Azie. Terima kasih atas posting ni. Saya nak tanya kenapa Kuih bakar yang saya buat ada beberapa spot yang soggy hingga menyebabkan mendapan?

    BalasPadam