Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Saya tidak pandai berenang walaupun sejak kecil suka bermain air pantai atau sungai. Jadi sehingga sekarang saya  selalu phobia bila cerita bab air. Phobia sekarang jer. Masak kecil dulu tak pula rasa macam tu. Saya boleh mengharung air banjir sedalam bawah dada dengan arus yang kuat. 

Saya boleh bermain tepi tepi sungai mengail ikan. Bayangkan kalau jatuh tergelincir. Saya boleh bermain dalam anak sungai separas dada menangkap ikan yang sedang pening pening kerana dituba oleh saya dan dua orang kawan. Seronok bukan kepalang. Tak fikirpun kalau ular atau anak buaya pun pening dan timbul sekali di permukaan. 

Tapi ada satu perkara yang agak aneh ialah bila saya kerap bermimpi terjun sungai untuk menyeberangi jambatan terapung yang diperbuat dari kayu dan buluh yang kami panggil sebagai ghetak. Setiap kali musim banjir, bongkahan pokok pokok nipah yang hanyut akan melanggar ghetak sehingga terputus dua. Dalam mimpi tersebut, seolah saya terjun dan melonjakkan diri sehingga mencapai arah satu lagi. Itu lah pelik kerana saya kerap bermimpi yang sama. Dan sehingga kini saya masih terbayangkan mimpi dan air sungai tersebut. 

Walaupun sungai itu agak menakutkan kerana kedalamannya tapi saya kerap juga bermain main air di bawah ghetak terutama di musim banjir. Di musim ini, air telaga yang terletak di tepi sungai juga penuh. Airnya boleh diceduk dengan tangan sahaja. Saya suka menggunakan daun keladi untuk menceduk air. Seronok melihat air yang bergerak atas daun keadi. 

Saya selalu merasa ngeri terutama bila membonceng motosikal untuk menyeberangi ghetak tersebut kerana ada bahagian ghetak yang hanya dilapik dengan papan sahaja. Sehingga kini saya masih teringat dan terbayang cerita arwah Bonda di mana ada seorang wanita yang menaiki motor terjatuh ke dalam sungai dan meronta ronta meminta tolong dari maknya ketika dihanyutkan air yang deras. Manakala emaknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa apa. Saya tidak pasti jika cerita ini benar benar berlaku. Tapi itulah yang diceritakan oleh arwah Bonda kepada saya dan menakutkan saya sejak kecil. OK sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Memang telah lama berhajat untuk membuat homemade sardin. Berbelas tahun dahulu dah dapat resepi. Masa tu, belum ada pun lagi teknologi periuk tekanan. Tapi sehingga kini belum ada kerajinan. Jadi ianya belum menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

Hari ini saya tiba tiba terasa ingin mencuba pertama kerana adanya periuk Noxxa dan kedua kerana adanya ikan sardin yang sangat segar dari Pantai Remis. Maka kedua faktor ini, menjadilah homemade sardin saya. Hasrat hati untuk menyediakan sardin terlaksana. Jadi blog masakan saya kini telah menpunyai resepi homemade sardin.

Seronok bukan kepalang bila dibuka jer periuk Noxxa, dah ternampak rupa ikan sardin umpama sardin dalam tin. Hahaha puas hati kerana rupanya dah menjadi. Sebab ada yang saya tengok di blog, rupa homemade sardin mereka tak sama seperti sardin dalam tin pun. Mungkin kerana mereka tidak potong ikan atau mereka tidak menggunakan ikan sardin yang jenis ini. 


Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Nelly awal awal dah merasmikan bila dia dah ambil untuk makan malam. Masa siap dimasak dah agak lewat, jadi saya simpan untuk makan keesokan hari nya. Keesokannya Boy dan Mia datang bermalam di rumah.  Boy siap menanya mana ikan sardin. Saya ingatkan tak ada siapa yang berminat, jadi saya minta Ros simpankan dalam peti ais. Rupanya Boy, Mia dan Nelly pun gemar dengan ikan sardin ni. Seronok melihat mereka makan menambah nambah sehingga habis. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Homemade Ikan Sardin

Bahan bahan:
1 kg ikan sardin segar 
½ cawan sos tomato
½ cawan tomato puri
¼ cawan sos cili 
½ cawan minyak - untuk menumis
2 biji  buah tomato - cincang
2 biji bawang Holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang
½ cawan air
Garam
Gula

Cara cara:
Ikan dibuang kepala dan ekor. Bersihkan dan ketepikan. 

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang holland. Masukan buah tomato cincang dan kacau sampai masak. 

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Masukkan sos tomato, tomato puri dan sos cili dan air. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. 

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Bila sos dah masak dan secukup rasa, boleh susun ikan dalam periuk. Tuang sos ke atas ikan.  

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa

Masak dengan pressure cooker selama 90 minit. 

Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa



Catat Ulasan for "Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa"