Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari 3: Kenangan Terindah Di Ladang Bunga Matahari di Lopburi


Percutian ke Lopburi adalah highlight untuk percutian kami ke Bangkok. Ini adalah pendapat saya sendiri dan juga pemerhatian saya dari keseronokan kawan kawan yang lain. Nampak lebih happening. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Kami bangun pukul 4.30 pagi mandi dan siap berwudu. Masuk sahaja waktu solat Subuh pukul 5.14, kami terus bersolat. Selepas solat terus turun. Sarapan di pack untuk dimakan dalam bas. Tepat pukul 5.30 pagi, bas bertolak. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Kami perlu sampai tepat pada waktunya kerana pertama untuk mengelakkan panas dan kedua untuk memastikan bunga matahari sedang mekar dan kembang sepenuhnya. 


Ladang bunga matahari ini cukup terkenal di kawasan utara Bangkok iaitu di Lopburi dan Saraburi. Kami pergi ke ladang Bupachat di Lopburi. Bunga matahari ketika ini sedang berkembang mekar. Bunga matahari hanya ada  dalam bulan November, Disember dan Januari sahaja setiap tahun. 

Pada pendapat saya, bulan Disember adalah yang terbaik kerana saiz bunga matahari yang sedang membesar, berbanding dengan Januari yang telah masuk akhir musim.



Kami sangat beruntung kerana ketika kami sampai bunga matahari  kembang mekar dan cukup besar. Pemandangan oren bunga matahari mekar sangat cantik untuk bergambar. Kami masing masing merakam gambar dan video di situ. Memang terasa tak puas berada di sana. Cuaca di sana pun masih sejuk.

Serious, pada saya berada di ladang bunga matahari di Lopburi adalah saat kemuncak lawatan ke Bangkok. Sesuatu yang sangat menyeronokkan sehingga masih tak boleh move on walaupun dah bebeberapa hari balik. Memang sangat berbaloi dengan perjalanan yang lama. Seumur hidup saya tidak pernah melihat bunga matahari yang besar dan banyak banyak seperti ini.



Penanaman bunga matahari di sini adalah untuk pembuatan minyak masak dan biji bunga matahari pula untuk dijadikan kuaci.  Cuma satu pesanan saya, bila ke sini pastikan anda memakai baju yang jenis licin jadi debu di bahagian tengah bulatan bunga matahari tidak akan melekat pada baju sekiranya terlanggar. Jangan pakai baju berwarna putih kelak baju akan menjadi bertompok tompok kuning.

Selepas itu kami ke Pasak Dam, singgah sekejap sahaja untuk bergambar. Kemudian kami singgah di kedai menjual ais krim durian yang sangat sedap. 

Dari Pasak Dam, kami dibawa ke tempat untuk makan tengahari. Kami makan di Thai Pakistani Restaurant. Masakan di sini sedap sedap semuanya. Antaranya ialah sup daging cincang yang ada rasa seperti air asam Kelantan, tom yam juga sedap, ada ikan talapia goreng garing, ikan keli yang digoreng dengan sambal serta sayur sayuran goreng.  



Selepas makan, kami berjalan ke masjid "The Central Mosque of Lopburi" yang besar dan selesa. Cuma hari kami singgah, tiada air tempat mengambil wudu untuk muslimah. 



Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Bangkok yang memakan masa selama 3 jam. Sesampai di Bangkok, kami di bawa ke pusat urut untuk sesiapa yang ingin membuat urutan. Oleh kerana malam sebelumnya saya telah berurut, jadi kami bertiga mengambil teksi untuk ke Home Pro di Ratchadapisek untuk mencari paip Grohe untuk rumah baru Boy dan Mia yang sedang diubahsuai.

Dari sini, kami mengambil Grab untuk ke MBK Mall untuk makan malam pukul 6.45. Oleh kerana masih ada masa, kami pusing pusing dulu di dalam mall menemankan Aween yang mencari selipar Adidas. Sementara menunggu waktu makan malam, kami pergi ke food court yang terletak di tingkat 5. Rupanya banyak juga tempat makanan halal di sini. Kami memesan air kelapa yang memang sangat sedap.

Kami makan malam di Yana Restaurant yang terletak di tingkat 5, Zone A. Ramai sekali pelanggan di restoran ini. Makanan pun sedap sedap semuanya. Cuma saya belum berselera makan, jadi makan sikit sahaja. 





Dari MBK Mall kami berjalan kaki balik ke hotel yang terletak sangat dekat sahaja. Turun ke tingkat 2 dan cari Tokyu Department Store. Dari pintu keluar, belok ke kanan dan berjalan terus, turun escalator yang terletak sebelah kiri. selepas turun escalator, berjalan terus ke hadapan sehingga berjumpa dengan hotel Holiday Inn Express Bangkok Siam. 

Sesampai di bilik, kami cuma berehat dan keluar pukul 9.00 malam untuk mencari tempat urutan kaki. Kami naik tuktuk sahaja. Pemandu tuktuk boleh menunggu kami sekali. 

Catat Ulasan for "Hari 3: Kenangan Terindah Di Ladang Bunga Matahari di Lopburi "