Rabu, 25 Disember 2019

Hari 2: Shopping Thai Silk di JJ Mall


Balik dari Maeklong Railway market dan Floating market di SINI dan di SINI, bas menurunkan kami di hadapan JJ Mall. Kami diberi masa sehingga 4.40 petang. Berpusing pusing mencari kedai menjual fabrik Thai Silk. Tak jumpa. 

Kami keluar dan pergi ke Chatuchak Weekend Market. Pun tak jumpa. Terjumpa macam macam benda. Yang frust, tanya orang ramai pasal fabrik tak ada pun yang faham.  Kaki saya pula, memang dah sakit untuk terus berjalan.

Dalam group WA, Mai zatul ada share kedai fabrik yang dia jumpa di ground floor JJ Mall. Jadi kami terus mencari jalan untuk berpatah ke sana. Walaupun tersesat sesat kami akhirnya sampai ke kedai. Pilihan warna dan corak tidak banyak dan harga pun tidak semurah yang saya sangka. Harga 100% original Thai silk dengan 2 ply bidang 40 inci adalah Bath400 se ela. Tapi sebab dah nak membeli saya beli 2 pasang dan juga untuk sehelai baju.



Selepas itu, kami naik ke tingkat 2 untuk menunaikan solat. Ada surau kecil yang menpunyai tempat mengambil wudu di dalamnya. Selepas solat, kami ke food court. Hubby order pulut mangga dan air kelapa. Dalam perjalanan ke tempat bas, singgah membeli kekacang.



Kami kemudiannya dibawa ke Asiatique The Riverfront untuk melihat sunset. Sangat cantik. Ada ketika ketika matahari hampir tenggelam, kelihatan bayang istana raja terletak betul betul di tengah permukaan matahari yang berwarna kemerahan. Kami ada di sana sehingga pukul 6.30 iaitu matahari telah tenggelam sepenuhnya sebelum kembali ke bas. 


Makan malam di Restoran Chansiaw yang antara hidangannya ialah ikan talapia kukus. Kebetulan kami semeja dengan Tuan Shahrol yang tidak makan ikan sungai. Saya pun tidak berapa gemar makan ikan sungai. Selepas makan, terus balik ke hotel.



Tiba di hotel pukul 9.00 malam. Selepas menghantar barang naik ke bilik, kami keluar berjalan kaki ke Tesco Lotus untuk mencari paip sinki untuk Boy. Oleh kerana tak ada barangan yang dicari, kami berjalan keluar dan terus ke pusat urutan kaki. Saya mengambil urutan badan untuk 1 jam. Kami balik dengan menaiki tuktuk dengan bayaran 80 bath. 

Balik selepas tengok IG kami tidur. Nantikan entri seterusnya.

1 ulasan

Add your comment