Sambal Tumis Udang Dengan Teknik Menumis Sambal
Semua orang boleh memasak Sambal Tumis Udang. Memasaknya sangat mudah dan cepat. Ada pula berbagai teknik penyediaan sambal tumis udang. Saya sendiri tidak terikat kepada satu teknik. Saya memang suka mempelbagaikan cara penyediaanya.
Ada ketika udang saya akan goreng dulu seketika supaya tidak bau hanyir. Udang pun ada bau hanyir juga tau. Ada ketika bila menumis, akan dimasukkan gula dulu selepas sambal garing. Bahan lain diletak di akhir sekali. Ada ketika, saya letak kesemua sekali ketika menumis.
Hari ini saya ingin kongsikan cara menumis sambal tumis supaya tidak merecik recik. Cara yang sama digunakan oleh Arwah Bonda mertua dalam menyediakan sambal ikan bilis. Saya dan anak anak suka makan sambal ikan bilis yang dimasak cara seperti ini.

Kalau menumis, memang habis merecik recik di dinding belakang dapur, silap silap dengan baju kita sekali terpercik sambal. Jadi macam mana caranya? Caranya ialah menumis dengan bahan yang dikisar dengan air yang banyak.
Jadi sambal akan masak bila air kering. Masukkan lagi air berulang ulang sehingga sambal masak dan garing. Mula mula nampak pelik sebab kalau nak sambal garing, mesti lah sambal yang kurang air, baru cepat garing dengan minyak. Tapi cubalah kaedah ini pula.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di Azie Kitche youtube channel. Boleh klik di SINI. Selamat mencuba..

Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
260 gram udang
1 sudu besar asam jawa
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar Holland - hiris
3-4 sudu besar cili kering kisar
Bahan tumbuk:
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Belacan bakar
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak. Masukkan semua sekali iaitu bahan tumbuk, cili kisar, air asam jawa dan air. Kacau rata dan biarkan sehingga terbit minyak.
Setelah air kering, masukkan air panas lagi sedikit demi sedikit sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak dan sambal pun kelihatan masak, masukkan udang, garam dan gula.
oh, mcm tu caranya utk elak merecik. tkaseh kerana berkongsi ilmu Azie.
BalasPadam