Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap

Alhamdulillah sepanjang cuti hari minggu dan cuti sambutan Deepavali, saya berjaya memasak 7 masakan dengan siap untuk blog dan juga video untuk Azie Kitchen youtube channel sekali. Kalau ada yang belum subscribe, bolehlah subscribe di SINI kerana selepas membaca resepi di blog, anda akan lebih jelas selepas melihat cara penyediaannya. Memasak tidak memenatkan tetapi memasak dengan mengambil gambar dan video agak memenatkan dan lebih lama masanya.

Diam tak diam dah hampir 4 tahun saya membuka akaun youtube ini. Niat waktu itu hanya satu, iaitu untuk berkongsi video masakan dengan follower saya. Walaupun dikecam dan dikomen dengan pelbagai komen negatif, saya masih gagah untuk update video. Sekurang kurangnya untuk rujukan anak anak saya sendiri.

Trend zaman sekarang orang berlumba lumba membuka youtube. Termasuk lah dulu artis artis yang menyorok anak anak dari public, sekarang menjemput orang ramai untuk subscribe bagi melihat anak mereka di youtube. Tak salah pun kerana mereka memang public figure. 

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap

Nasi goreng saya hari ini, memang simple dan biasa biasa jer. Cuma saya letak sedikit majerin untuk memberi rasa dan bau wangi. Kalau tak ada majerin, boleh juga letak minyak sapi. Memang wangi dan beraroma nasi goreng kita.

Nasi goreng kalau nak bagi berperisa, kita masukkan garam dan sedikit gula dalam nasi putih siap siap. Ketepikan dan biarkan seketika bagi mesra. 

Saya makan menambah nambah nasi goreng ini, memang sedap. Tapi sebab sedikit sahaja, saya simpankan sikit untuk Nelly. Kalau ikutkan memang saya boleh habiskan semuanya. Saya memang penggemar tegar nasi goreng simple macam ni, sekadar ikan bilis dan telur jer. Pun dah sedap giler.

Jom layan resepi tang saya gunakan hari ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba.... 

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap

Nasi Goreng Majerin Simple

Bahan bahan:
350 gram nasi putih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil cili kering kisar
Sejemput ikan bilis
1 biji telur
2 batang kacang panjang
1/2 sudu kecil mentega
Garam secukupnya

Cara cara:
Nasi digaul rata dengan mentega atau minyak sapi dan sedikit garam. Ketepikan. 

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap

Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris. Setelah bawang layu, masukkan bawang putih. Kacau lagi hingga naik bau. 

Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Masukkan  cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak. 

Masukkan kacang panjang dan kacau rata. Ketepikan semua bahan tumis, masukkan telur. Kacau rata. 

Masukkan nasi putih dan kacau rata rata. Perasakan dengan garam secukupnya. Nota: Jika suka, boleh masukkan sedikit lagi majerin setelah nasi masak sekadar untuk menambah rasa lemak.

Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap


3 ulasan for "Nasi Goreng Majerin Simple Yang Sedap"

  1. Hsbnd sy jenis suka mengulang makan nasi goreng, selalunya sengaja masak lebih & tinggalkan dalam tupperware, memang asyik berulang la dia ke dapur menyuap nasi goreng

    BalasPadam
  2. Kalau masukkan daun kunyit bleh ker... Sb bg sy dn keluarga lebih sukakan aroma daun kunyit bertambah selera...

    BalasPadam