Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong dan Teknik Menumis Sambal

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong hari ini saya sediakan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi lemak. Hubby ke London menemani Juita balik. Jadi saya memasak untuk dimakan dengan anak anak sahaja. Pagi pagi lagi mengajak Nelly untuk ke pasar tani di Kota Dame untuk mencari ikan dan sotong. Gigih hari minggu ke pasar tani gitu. Hajat nak cari ikan mayong tapi hari tu, tak ada.

Sebelum itu, meh kita masuk bab harga makanan. Ada satu hari tu, saya dan Hubby makan nasi lemak, ingat nak berjimat, jadi saya ambil seketul ayam goreng dan sedikit paru sambal. Saya memang jenis makan nasi dengan banyak lauk. 

Terkejut juga bila Hubby memberitahu nasi saya berharga RM14.00. Hubby membandingkan dengan harga sepinggan nasi lemak di restoran yang femes yang sentiasa ramai orang dari pagi hingga ke petang yang hanya RM8.00 sepinggan. Ayam gorengnya pula bersaiz besar iaitu bahagian paha dan thigh. Saya terdiam dan terfikir, aah lah kenapa mahal sangat. 

Itulah kelemahan saya, saya tidak boleh berniaga kerana saya tidak sampai hati untuk mengambil untung berlebihan, rasa kesian dan rasa bersalah. Tapi apa pun, kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan. Pilihan untuk mencari kedai lain, jika suka. Betul tak? OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 

Sambal Tumis Sotong

Saya belajar cara menumis sotong atau udang ini dari rakan Instagram, Puan Sharifah Zainon yang dipanggil Pah. Saya memang ralit melihat cara dia menyediakan sambal tumis sehingga kami berbalas balas DM. Baik dan tak lokek ilmu. 

Tak lah macam seorang BBNU tu yang telah block saya. Hahaha belum pernah lagi kot ada yang block saya kerana saya tidak suka bermusuh dengan sesiapa. Mungkin dia tak suka saya belajar atau tiru cara dia memasak. Wallaahuallam, saya tak pasti. Saya tak suka pun makan apa yang dia masak cuma saya suka melihat orang lain memasak sahaja. Tekak tak sama.

Yang pasti dia banyak juga block IG mereka yang femes-femes dalam masakan. Itu yang diberitahu oleh kawan baik saya yang juga seorang Instafamous dalam masakan. Oooh begitu rupanya. Buat apa cari gaduh dan cari musuh. Bukankah ilmu yang kita share, akan pasti dapat ganjarannya walaupun diberi kredit atau tidak. Ramainya follower dan kemasyhuran itu semua tipu daya duniawi sahaja.  

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Boleh lihat cara dan teknik penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel dengan klik di SINI. Selamat mencuba...

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Bahan bahan:
Sotong - hiris tebal
3-4 sudu besar clii kering kisar
1 biji bawang besar Holland - hiris
1/2 sudu besar asam jawa 
1 sudu besar gula 1 1/2 sudu besar gula
Garam 1 sudu besar garam

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan bakar

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak yang boleh menenggelamkan bahan yang ditumis. 

Sambal Tumis Sotong

Masukkan bahan kisar, cili kisar, air asam jawa dan sedikit air. 

Biarkan masak atas api perlahan sehingga air kering. Tak perlu dikacau selalu jika tak mahu sambal terpercik. Bila bahan tumisan hampir kering tambah air panas sedikit demi sedikit sehingga bahan tumisan terbit minyak.

Sambal Tumis Sotong

Masukkan garam dan gula. Kacau rata rata. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga layu. 

Akhir sekali, masukkan sotong dan besarkan api. Kacau rata. Bila agak agak sotong dah masak, boleh tutup api. 

Sambal Tumis Sotong

Nota:
Boleh juga tambah petai bersama bawang besar, jika suka. 



3 ulasan for "Sambal Tumis Sotong dan Teknik Menumis Sambal"

  1. Assalam Kak Azie

    Pehh.. menarik jugak kisah BBNU tu ya, kelakar pun ada, hihi.

    Sy ada stok sotong di rumah, nanti sy nak cubalah teknik menumis yang Kak Azie ajarkan ni, sebab biasanya sy menumis sampai terbit minyak dan masukkan sotong, baru sy masukkan air asam jawa sedikit, nanti sy cuba teknik ni sebab nampak sangat cantik sambalnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah juga masak ikan bilis macam ni ikut cara mertua saya. Semua bahan dilebur semua sekali dalam minyak.

      Padam
  2. salam akak.. saya suka tengok semua resepi akak.. semua sedap menjilat jari :)

    BalasPadam