Kuih Lopes Yang Sangat Sedap
Bagi setiap ibubapa, tiada yang lebih mengembirakan melainkan kejayaan dan kebahagiaan anak anak. Begitu juga dengan saya. Buat masa sekarang, 3 orang anak saya masih belajar. Nana sedang membuat master untuk melayakkan dia menjadi seorang doktor pakar. Juita dan Aween masih mengikuti pengajian di peringkat ijazah.
Setiap kali anak anak menduduki peperiksaan, saya akan menjadi ikut sama risau dan bimbang dan akan sentiasa berdoa supaya mereka diberikan kemudahan. Saat saat mereka menerima keputusan peperiksaan adalah juga saat yang mendebarkan buat saya. Ada kala terbawa bawa ke dalam tidur.
Mungkin itulah yang pernah dialami oleh kedua ibubapa saya. Ketika saya menghadiri temuduga untuk jawatan selepas tamat pengajian, arwah bapa pernah bermimpi berjaya menangkap seekor burung yang sangat besar dan cantik sehingga ramai orang kampung yang melihatnya memuji muji. Keesokannya, mereka memberitahu saya yang mereka yakin saya akan berjaya dalam temuduga.
Begitulah kasih sayang ibubapa pada anak anak. Semoga kita sebagai anak anak tidak lupakan ibubapa samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.
Hari ini saya mahu kongsikan satu lagi antara kuih kegemaran saya iaitu, Kuih Lopes Daun Pisang. Setiap hari balik kerja, jika singgah di Restoran Wau, pasti kuih yang menjadi pilihan saya ialah kuih lopes.
Kuih lopes yang pernah saya kongsikan sebelum ini di SINI. Tapi kali ini mencuba versi zaman dulu dulu yang membalut menggunakan daun pisang. Ketika dibuka tudung periuk, semerbak bau daun pisang.

Kuih lopes daun pisang yang disediakan dengan daun pisang mengikut cara lopes zaman dulu ini sangat sedap. Pulutnya lembut dan ditambah rasa lemak lemak dari kelapa parut dari kelapa muda dengan rasa masin garam serta manis dari air gula. Semua rasa sebati dan bersatu di dalam mulut. Waaah heaven gituu.
Terasa seronok sangat bila dapat menyediakan kuih muih yang sedap buat hidangan petang. Ianya berbeza dengan kuih lopes yang pulutnya dimasak terlebih dahulu.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba.
Kuih Lopes Daun Pisang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut susu
Air abu/abu chang
Sedikit pewarna hijau - opsyenal
Daun pisang Abu
Lidi secukupnya
Bahan air gula:
1 senduk gula apong - atau gula melaka
1-2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
1 helai daun pandan
Bahan kelapa:
Kelapa parut secukupnya
Garam
Cara cara:
Beras pulut direndam dengan sedikit abu chang dalam 20 minit. Atau guna sedikit air kapur.
Basuh beras pulut dan tos. Titiskan sedikit pewarna, jika suka.
Buat kelongsong tiga segi menggunakan daun pisang. Masukkan beras pulut tadi. Balut dengan cara dilipat lipat menjadi tiga segi dan akhir sekali dicucuk dengan lidi.
Masukkan dalam inner pot periuk tekanan Noxxa dan rebus dengan setting rice selama 20 minit.
Sementara itu, sediakan air gula dengan memasak gula apong dengan air secukupnya. Masukkan daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih.
Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Jika belum manis, tambah gula pasir. Masak sehingga sedikit likat.
Setelah kuih lopes masak, keluarkan dari periuk tekanan. Tos hingga kering.
Buka balutan daun pisang dan masukkan kuih ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Kacau sehingga kuih bersalut rata dengan kelapa.
Masukkan ke dalam pinggan atau bekas hidangan. Tuang air gula ketika hendak dimakan. Sedia untuk dinikmati.
Nota:
Jika guna daun pisang abu, bila masak luar pulut akan menjadi warna hijau dan pulut dalam warna putih.
Sedapnya kuih
BalasPadam