Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Yang Menggamit Hati 12 Part 2



Catatan ini masih lagi di hari ke 12 dari Folkestone ke London. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Perjalanan ke London dari Folkestone adalah lebih kurang 2 jam. Sejauh 64 batu. Jalan agak jam di sepanjang perjalanan kerana banyak kerja kerja membaiki jalan. Kami tiba di London pukul 2.00 petang melalui Big Ben yang sedang dalam pembinaan. Hati seronok tidak terkira selepas kami mula menghampiri Big Ben yang memang orang sentiasa ramai berjalan di sepanjang jambatan. 

Dari situ, kami melalui Trafalgar Square sebelum masuk gate menghala ke Buckingham Palace. Teringat saya pernah berjalan masuk melalui gate ini untuk ke Buckingham Palace. Tapi separuh jalan kami terpaksa berpatah balik kerana saya tidak larat. Keluar dan ambil bas terus ke Oxford Street. Langsung tak jadi ke Buckingham Palace.


Jalan banyak ditutup di sana sini kerana adanya demonstrasi climate change. Terpusing pusing di tempat sama. Aduh memang stress sangat kerana kami memang mengejar masa. Berjam jam juga sangkut di dalam bandar. Oxford Street dah melambai lambai. Esok pagi pagi dah nak ke Manchester. Kami terpaksa mencari jalan dan lorong belakang Oxford Street untuk sampai ke apartment.


Kami kemudian check in di Stay-In Apartment Marble Arch. Rupanya apartment ini ini terletak belakang apartment di Porchester Road yang kami duduk tahun Januari 2018. Kalau tahu macam tu, baik sewa di apartment yang sama kerana rate pun hampir sama sahaja. Nelly dan Juita terus ke Oxford Street. Saya dan Hubby relax relax dulu.  



Selepas check in berjalan kaki ke Oxford Street kerana tiada bas sebab jalan banyak ditutup oleh mereka yang membuat protes Climate Change. Penat berjalan kaki kerana terpaksa berjalan laju dalam hujan renyai. Hahaha payung tak bawa. 

Kami ke Oxford Street mencari kasut adidas cucu di Schuh. Kemudian kami masuk ke Selfridges Oxford Street untuk membeli Diorrama wallet on chain buat Juita. Kemudian naik ke tingkat 4 untuk urusan tax refund. 


Dari Selfridges, kami berjalan ke John Lewis untuk mencari stroller buat cucu yang bakal lahir dan toys buat Ammar. Tapi setelah ditimbang, kami tak beli stroller kerana masalah muatan. Nanti boleh sahaja beli di Malaysia. 

Kami bertiga berjalan kaki balik ke apartment. Nelly balik sendiri. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan malam di restoran Yemen yang banyak terdapat di sepanjang Edgeware Road. Saya memesan nasi kabsa dengan ayam bakar. 




Balik bilik, terus berehat dek kepenatan. Hubby dengan anak anak mula mengemas barang ke dalam bag. Itu memang antara kelemahan saya. Saya memang tak reti membuat packing barangan dalam bag. OK setakat ini dahulu, nantikan catatan seterusnya perjalanan dari London ke Manchester.


Catat Ulasan for "London Yang Menggamit Hati 12 Part 2"