Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

Antara aktiviti rutin saya setiap petang sebaik tiba di rumah ialah memberi ikan ikan makan. Sungguh seronok dan memberi ketenangan bila melihat ikan ikan yang berenang renang. Ikan kelah yang dibeli sebesar ikan bilis dulu kini telah besar. Ada yang sebesar saiz betis orang dewasa. 

Yang paling saya seronok ialah bila ikan kelah saya telah beranak. Ada 11 ekor anak ikan kelah yang kini sebesar satu jari. Ikan kelah susah hendak beranak kerana ia memerlukan persekitaran semulajadi iaitu air sungai mengalir dengan permukaan berbatu batu. Jadi bila ia beranak di kolam saya, tidak terhingga kegembiraan di hati. Perasaan yang sangat berbeza walaupun saya mampu membeli anak ikan kelah untuk dibela. Setiap hari sebelum masuk ke dalam rumah, saya akan singgah melihat perkembangannya. Sebelum ini semasa ikan kelah saya mati, bila disiang terdapat telur di dalam perut. Hati terasa sangat kasihan melihatnya.

Manakala ikan koi pula, kali ini hanya ada 9 ekor sahaja ikan koi baka yang diimport dari Jepun. Ikannya lebih cantik, badan yang lonjong dan warna yang lebih terang. Kalau ikutkan semua saya mahu beli ikan koi Jepun tapi Hubby dan Boy mencadangkan supaya beli ikan koi biasa sahaja. Maklum dulu hampir 40 ekor ikan koi Jepun saya mati kerana diserang oleh biawak. 

Sebetulnya kita perlu mencari aktiviti atau hobi yang boleh memberi ketenangan pada kita. Selain itu, Hubby juga setiap petang akan membersihkan daun daun yang berguguran dari pokok MBPJ yang berterbangan jatuh ke dalam kolam kami. Aktiviti seperti ini seolah melakukan aktiviti riadah dan exercise. Setiap petang, kami akan berada di kawasan laman bersama Rizky yang setia menemani.  OK sekarang kita masuk bab masakan pula iaitu kuey teow.

Kuey Teow Goreng

Antara banyak banyak masakan yang saya tak berapa mahir adalah kuey teow. Bukan sahaja saya tak mahir tapi saya pun tak suka makan. Malahan saya kenal kuey teow pun hanya ketika di universiti. Setiap kali turun ke gerai makan di kolej ketiga dengan Hubby yang ketika itu, boyfriend, dia akan order kuey teow goreng. Saya tak pernah tengok pun kuey teow ketika di kampung dahulu.  

Cuma kebelakangan ini, saya bolehlah makan kuey teow goreng yang digoreng kering kering ala chinese style. Kalau yang basah macam char kuey teow tu memang saya tak suka. Selain digoreng, beberapa minggu lepas saya mula belajar makan kuey teow Kung Fu. Hmm sedap juga rasanya. 

Saya hari ini membuat kuey teow goreng menggunakan kuey teow jenis halus halus yang dikatakan lebih sedap. Merata juga mencari kuey teow jenis ini. Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini...


Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng Udang

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. 

Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. Masukkan udang dan kacau rata. 

Kuey Teow Goreng

Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 

Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap. 

Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis. 

Kuey Teow Goreng

Semasa dihidangkan, tabur sedikit cili merah yang dihiris dan bawang goreng. 

Kuey Teow Goreng


10 ulasan for "Kuey Teow Goreng"

  1. Saya peminat Kuey Teow Goreng Chinese. Kalau yang berkuah tu rasa macam muak tapi kalua kuey teow kering sy boleh makan bertambah-tambah, hahaha.

    Tahniah, kak.. dapat anak ikan baru yang penting beranak di kolam sendiri. Bayangkan dari dia bertelur tu, dorang survive kan.. sampailah dapat anak2 ikan yg comel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Seronok. Sebelum ini masa ikan kami mati, bila disiang, nampak penuh telurnya. Hati terdetik rasa kesian.

      Padam
  2. Sedapppnyaaa.. Nak buat skrg 😋

    BalasPadam
  3. yes terima kasih kak azie.. boleh try jap lagi

    BalasPadam
  4. Sedap nye nk buat jugak lah

    BalasPadam
  5. Nk buat jap lg... Tapi udang plk x d. X kisah laa janji ank2 kenyang 😁

    BalasPadam
  6. Salam
    Kak.azie nk cri kat mn ye kuey teow saiz halus camtu :)?

    BalasPadam
  7. semalam berbuka sempat goreng ikut resepi ni.alhamdulillah, first time buat utk makan beramai ramai.yg penting habis ok.

    BalasPadam
  8. nak cuba ni... lapo...

    BalasPadam