Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Saya ingin menyambung satu lagi petikan dari Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja di mana soalan yang ditanyakan apa kah kualiti ibadah zaman sekarang yang penuh dengan kesenangan berbanding dengan zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu.

Jawapan mufti ialah umat sekarang lebih bertuah dari satu aspek berbanding zaman Nabi dan para sahabat Nabi dulu. Sebagai contoh, para sahabat Nabi dulu bila bersama dengan isteri. Mereka terpaksa bangun pagi yang sejuk dan mungkin tiada lampu untuk keluar rumah untuk mandi wajib sebelum melakukan ibadah atau solat. Proses semua untuk solat boleh memakan masa sejam. 

Sedang zaman sekarang, ada yang tandas dalam bilik tidur dengan kemudahan water heater. Mandi dan semuanya dalam masa 2 minit selesai dan boleh terus solat. Tapi tak ada pun orang yang ambil kisah akan nikmat seperti ini. Kalau dulu sahabat Nabi berjalan kaki untuk ke masjid. Sedang kita naik kereta. Atau kita sekarang naik flight utk mengerjakan ibadah Haji. Jadi tidak salah untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk Islam dan akhirat. 

Jadi ambil peluang untuk menggunakan apa yang ada untuk akhirat. Walaupun sedikit sahaja nilai sumbangan jika ikhlas kerana Allah, pasti akan diberi ganjaran yang besar.


Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Masakan yang saya kongsikan hari ini adalah antara lauk kegemaran saya. Semasa kecil kalau dapat makan hati ayam memang win sangat. Maklumlah nak makan ayam pun mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Dah dapat makan ayam, dapat lah makan hati yang kecil jer saiznya. Kebiasaannya ayam akan dimasak kari atau dipanggil gulai ayam. Jadi hati yang biasa saya makan ialah hati yang dimasak gulai. 

Boleh klik di SINI untuk entri sama yang saya sediakan sebelum ini. Tapi dek tergesa gesa, terlupa hendak menggoreng hati yang direbus terlebih dahulu. Jadi apa yang saya buat ialah selepas menumis bawang bawang dan halia, saya terus memasukkan hati ayam dan digoreng terlebih dahulu bersama bawang dan halia sebelum dimasukkan kacang panjang. Jadi tidaklah rasa seperti hati rebus semata mata. 

Boleh juga hati ayam diganti dengan isi kerang. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi yang sama tetapi menggunakan isi kerang yang juga sangat sedap. Memasak ni sama jer, ubahsuai jer sana sini. Jadi tak adalah asyik makan lauk yang sama sahaja.  

Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini, cuma kali ini saya tidak memasukkan kicap kerana Nana tidak makan kicap buat sementara waktu ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Kacang Panjang Goreng dengan Hati Ayam

Bahan bahan:
1 ikat kacang panjang - potong serong
Hati dan mempedal ayam - rebus seketika
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 - 3 inci halia muda - hiris nipis
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap lemak manis
1 tangkai cili merah - hiris
Garam - jika perlu

Cara-cara:
Hati dan mempedal ayam direbus seketika dan dilumur dengan garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng hati tadi. Angkat dan tos. 

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya. 

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Masukkan kacang panjang dan sos tiram serta kicap lemak manis. Kacau rata. Masukkkan hati yang telah digoreng. Kacau rata.

Nota: Kali ini, oleh kerana saya terlupa untuk menggoreng hati selepas direbus, saya masukkan hati terlebih dahulu dan biarkan ianya bergoreng seketika dengan sos tiram. Lepas itu baru dimasukkan kacang panjang.

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam

Akhir sekali, masukkan cili yang telah dihiris. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam


1 ulasan for "Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam"

  1. Wah sedapnya kalau ayah saya tau saya makan nie ,dia marah
    tpi selalu makan senyap2

    BalasPadam