Steak Ribloin Wagyu Yang Terlajak Sedap
Setiap kali saya ingin membeli sesuatu, saya akan memikirkan duit itu lebih baik digunakan untuk famili atau memikirkan jumlah yang cukup besar bagi mereka yang susah. Akhirnya saya tak jadi membeli walaupun dah dipegang.
Ada juga ketika saya membeli, bila disokong oleh anak anak dan barangan yang dibeli seperti handbag atau barang kemas juga boleh diguna oleh anak anak. Atau faktor harga yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan anak anak tidak mampu membelinya, jika saya tidak membelinya sekarang. Pendek kata saya umpama lilin yang sentiasa mengutamakan orang lain.
Saya sangat menghargai setiap sen yang saya ada. Walaupun saya menpunyai duit tapi saya tidak akan membeli sesuatu sebarangan. Saya akan pastikan ianya adalah yang paling murah.
Teringat kisah tudung bawal yang berharga beribu ribu. Tersenyum saya bila orang yang membuat promosi menyebut harga dua ribu sahaja. Adoi mendengar perkataan sahaja itu yang menyebabkan saya tersenyum. Pada saya, ianya tidak kena tempat. Sahaja menggambarkan sedikit seperti dua ringgit sahaja. Kalau dah beribu riban, disebut sahaja seolah harganya rendah.
Saya beritahu mereka kalau pun saya ada duit, saya tak akan pakai tudung bawal semahal itu. Tudung yang paling mahal saya beli setakat ini ialah tudung Ariani dengan harga lebih RM400 tapi saya kesal sehingga kini. Kesal kerana ianya adalah satu pembaziran.
Jika terasa ingin memakai tudung bawal dengan batu kristal swaroski, saya akan cari yang paling murah. Kena berjimat, duit yang ada dari titik peluh bekerja bukan dari hasil projek kerajaan dsb. Ok sekarang kita masuk bab masakan lah pula..
Jika terasa ingin memakai tudung bawal dengan batu kristal swaroski, saya akan cari yang paling murah. Kena berjimat, duit yang ada dari titik peluh bekerja bukan dari hasil projek kerajaan dsb. Ok sekarang kita masuk bab masakan lah pula..
Steak wagyu ini adalah juga antara kategori barang mewah. Hahaha baru bercakap pasal pembaziran. Sebetulnya kalau untuk makan, saya tidak berkira. Lagi pulak barangan makanan mewah ini dimakan sekali sekala sahaja. Bukan selalu pun dapat merasa masakan macam ni.
Jom layan saya menyediakan steak hari ini. Memang sangat sedap. Dagingnya mencair di dalam mulut gitu. Menyediakannya juga tidak memakan masa yang lama. Sekadar 3 hingga 4 minit di setiap permukaan.
Yang penting, sangat menjimatkan kerana jika dimakan di kedai pasti lah bersedia untuk membayar mungkin RM200 atau lebih. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Steak Ribloin Wagyu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Tapi yang pentingnya steak wagyu saya hari ini ditaja oleh Halal Wagyu Jepun. Sekeping ini dimakan kongsi dengan anak anak supaya dapat merasa sedikit seorang. Sekadar dapat merasa.
Yang penting, sangat menjimatkan kerana jika dimakan di kedai pasti lah bersedia untuk membayar mungkin RM200 atau lebih. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 keping ribloin wagyu steak
1 sudu kecil garam kosher
¾ sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar mentega
2-3 tangkai thyme
2 ulas bawang putih - ketuk
Cara cara:
Biarkan daging steak berada dalam suhu bilik selama sekurang kurangnya 30 minit.
Ya allah..sedapnyaaa..lama dah x makan steak..masih x sihat dari hypertension
BalasPadamOoh semoga cepat sembuh sis. Take care. Luv u
PadamHi..Jom Like ,Follow Dan Share Halal Wagyu Japan
BalasPadamFB:https://www.facebook.com/wagyuhalal/
INSTAGRAM:https://www.instagram.com/halalwagyujapan/
sedapnya..1stime mkn kt pasar mlm gunung fuji..mmg sedap sgt..kt mana bole cari dgg ni.
BalasPadam