Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Seri Kaya Pandan Gula Hangus


Masuk hari ini, telah seminggu saya kembali bekerja. Betul lah kata doktor yang merawat saya, saya merasa penat kerana terlalu lama berehat. Otot otot tidak bekerja menjadikan saya mudah penat. Sehinggakan selepas solat juga, saya akan terasa sangat penat dan jantung seolah berdenyut laju. 

Setiap hari, sesampai sahaja di rumah, saya terus tertidur di sofa. Jadi memang tak ada masa dan tak ada mood pun untuk mengupdate blog. OK sekarang kita masuk sedikit bab seri kaya. Mana tahu kalau ada yang mahu menyediakan sendiri di rumah di hujung minggu ini.

Teringat dulu dulu setiap kali menginap di hotel, saya suka makan roti yang disapu dengan butter dan seri kaya waktu bersarapan di cafe hotel. Saya akan letak juga telur dadar di dalamnya. Sehingga kini saya masih suka makan roti macam tu. 

Setiap kali makan roti bakar di mana mana kopitiam juga, saya pasti akan mengambil masa untuk menikmati seri kaya yang sedap dengan makan perlahan lahan. Makan dengan penuh nikmat gitu. Memang dapat dirasa perbezaan seri kaya yang beli ready made atau seri kaya yang disediakan sendiri. Seri kaya yang disediakan sendiri semestinya lebih sedap dan lebih lemak berkrim. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi seri kaya yang saya sediakan sendiri. Sangat sedap sehingga waktu saya bercuti sakit, saya memilih untuk bersarapan dengan roti di rumah kerana mahu menikmati seri kaya yang disediakan sendiri ini. 



Menyediakannya tidaklah susah cuma perlu sabar kerana ketika memasak untuk mengeringkannya, ia akan merecik recik dan terkena tangan juga. 

Tetapi berbaloi baloi kerana hasilnya, sebalang seri kaya homemade yang sangat sedap tersedia di dapur rumah kita untuk dinikmati bersama keluarga. Dapat satu balang besar juga. Bila disediakan sendiri, kita dapat menjamin kebersihannya.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...



Serikaya Pandan Gula Hangus 

Bahan bahan:
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
5 biji telur gred C
Sedikit kicap pekat Jalen

Cara cara:
Masak gula untuk dijadikan gula hangus. Tutup api dan masukkan air daun pandan. 



Pukul telur dan masukkan santan dan sedikit kicap pekat. Masukkan ke dalam kuali air gula tadi. Dengan menggunakan api perlahan kacau sehingga pekat. 


Masukkan sedikit garam. Jika berketul, boleh kisar supaya menjadi halus.  


Tuang semula dalam kuali. Kacau sehingga pekat. 


Nota:
Boleh letak tepung jagung/tepung ubi untuk memekatkannya dengan cepat. 



3 ulasan for "Seri Kaya Pandan Gula Hangus"

  1. Wow teringat seri kaya arwah mak. Dia suka masak byk2 simpan dan makan drngan roti, biskutdan capati. Org susah masa tu. Tp seri kaya mak paling sedap masa tu. Cuma x sempat nak belajar ddgn mak sbb kecik masa tu. Terima kasih kak azie. Nnt nak cuba resepi ni pulak.

    BalasPadam
  2. Tk kak azie krn sudi kongsi resepi, moga Allah tingkatkan taqwa.

    BalasPadam
  3. Sedapnya...dapat dah bayangkan ke enakkn rasanya. Rasa-rasanya lah, berapa lama dapat bertahan homemade serikaya ni kalau kita simpan dalam fridge ye?

    BalasPadam