Pindang Tapai Ubi Kayu
Hari ini saya ingin kongsikan resepi tradisional Kelantan iaitu Pindang Tapai Ubi Kayu. Tak pasti pulak, kalau di negeri lain juga ada kuih ini. Secara jujur saya sendiri tak pernah dengar, tak pernah makan pun kuih ni dulu dulu. Itu yang ingin mencubanya sendiri.
Sejak saya kembali bekerja seminggu yang lalu, saya memang tak berkesempatan untuk memasak. Apalagi hendak update blog. Sesampai sahaja di rumah, saya dah tertidur kepenatan di sofa.
Sejak saya kembali bekerja seminggu yang lalu, saya memang tak berkesempatan untuk memasak. Apalagi hendak update blog. Sesampai sahaja di rumah, saya dah tertidur kepenatan di sofa.
Sejak Nana pindah ke rumah sendiri seminggu yang lalu juga, dapur rumah saya belum berasap. Jadi hari ini, saya gagahkan diri untuk menyediakan kuih tradisi yang simple dan cepat disediakan.
Saya memasaknya di rumah Nana. Saya bawa semua bahan bahan yang diperlukan dari rumah. Kenapa saya memasak di sana kerana di sana ada lebih ramai orang. Jadi boleh makan sama sama. Kalau di rumah, alamaknya saya seorang sahajalah yang perlu menghabiskannya.
Saya belajar resepi ini dari kawan sekolah saya Mama Maznah. Tapi belum berkesempatan untuk mencuba. Ketika itu, saya hanya menyalin message dari WhatsApp group sahaja dan disimpan di dalam handphone.
Tapi bila saya melihat Insta Story Datin Ismatia, terus terliur bila terdengar yang kuih pindang tapai ini sangat sedap dimakan di bulan Ramadhan. Hmm, barulah tergerak hati untuk menyediakannya. Minta Hubby mencari tapai ubi kayu.
Tapi bila saya melihat Insta Story Datin Ismatia, terus terliur bila terdengar yang kuih pindang tapai ini sangat sedap dimakan di bulan Ramadhan. Hmm, barulah tergerak hati untuk menyediakannya. Minta Hubby mencari tapai ubi kayu.
Sedap sangat kuih tradisional ini lebih lebih lagi bagi yang suka makan tapai ubi kayu. Rasanya lemak lemak manis. Kuahnya juga ala ala kuah serawa telur yang biasanya dimakan dengan pulut di SINI. Cuma serawa telur dimasukkan sedikit gula Melaka.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Pindang Tapai Ubi Kayu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 bekas kecil tapai ubi kayu - potong kecil
1/2 kotak santan kotak
Air secukupnya
1 biji telur
2 sudu besar gula - atau ikut manis yang disukai
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara cara:
Masak kesemua bahan kecuali tapai sambil dikacau sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan tapai dan kacau rata seketika.
Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
Macam serawa.. first time sha tengok kuih nie..
BalasPadamMenu kuih Kelantan. Kalau pasar ramadhan di Kelantan biasa ada dijual. Kesukaan arwah nenek, arwah ibu & saya. Sebutan bagi org Kelantan - Pindey Tapei Klate. Boleh guna gula putih @ nisse.
BalasPadamSegar makan ketika berbuka puasa @ balik terawih makan sejuk2 bawak keluar peti.
Didihkan dlu air + nisse/gula + daun pandan sbb nisse lambat larut. Masukkan telur dlm air tgh didih tadi & kacau lembut. Letak garam.secubit utk rasa lemak. Lepas tu baru masukkan santan & masukkan
tapai ubi kayu sbb santan & tapai ubi x perlu lama utk masak. Kalau didihkan santan lama kan pecah minyak & kalau kacau tapai ubi kan hancur ubi tu x nampak rupa. Kalau suka tapei ubi tu berketul dlm rupa asal kacau sikit2 je sbb kalau saya mmg pilih tapai ubi yg dah masak (lembik sikit) berbanding tapai ubi masih keras.
Kalau serawa & pengat rasanya lemak manis. Pindang Tapai Kelantan ni rasanya lemak manis masam - sebutan org kelantan pindey tapei.