Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ketupat Sotong Bertelur

Ketupat Sotong

Ketupat sotong adalah antara makanan tradisional Kelantan yang menjadi kegemaran saya. Tapi bukanlah selalu dapat makan kerana ianya mahal walaupun ketika itu, sotong atau makanan laut tidak lah terlalu mahal. 

Ketupat sotong bertambah sedap jika menggunakan sotong yang menpunyai telur. Inilah bahagian yang paling saya gemari berbanding dengan ketupat sotong tanpa telur. 

Peristiwa masa kecil yang tidak dapat dilupakan ialah bila saya dimarahi kerana dikatakan mengorek telur sahaja dalam ketupat sotong. Saya merajuk kerana dituduh sedemikian. Yang sebetulnya, saya pun tak tahu siapa yang berbuat begitu. 

Ketupat Sotong

Kalau mahu membuat ketupat sotong, cubalah usahakan untuk mencari sotong yang menpunyai telur. Sumpah sangat sedap. Kalau anda tidak suka, keluarkan telur dan bagikan kepada saya. Saya dengan gembira menadah pinggan bila ada anak anak menghulurkan telur sotong. 

Ketupat sotong adalah makanan kegemaran saya yang dikira kategori ferrari lah. Maklum agak remeh untuk menyediakannya, jadi bila sekali sekala makan, memang tak ingat orang belakang. 

Ketupat Sotong

Kalau beli di kedai atau di bazar Ramadhan, memang susah untuk mendapatkan ketupat sotong yang sedap. Saya pun tak pasti mengapa. Mungkin mereka mengurangkan santan dan gula Melaka untuk menjimatkan kos dan mendapat untung lebih. Jadi kalau nak makan yang sedap, terpaksalah dengan gigihnya menyediakan sendiri.

Ketupat Sotong

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Ketupat Sotong

Ketupat Sotong

Bahan bahan:
750 gram sotong - 13 ekor sotong 
½ - ¾ cawan beras pulut
I biji kelapa parut - santan
1 sudu kecil garam kasar
½ keping gula Melaka
1 sudu besar gula pasir - jika perlu
2 helai daun pandan
Lidi sate secukupnya

Cara cara:
Sotong disiang dan dibersihkan dengan mencabut kepala dan dibuang bahagian kantung dakwat hitam. Basuh dan tos.

Rendam beras pulut secukupnya dalam 30 minit bergantung kepada jenis beras pulut yang digunakan. Basuh dan tos. Masukkan sedikit garam di dalam pulut dan gaul rata.

Sumbatkan pulut ke dalam sotong sehingga separuh atau ¾ penuh sahaja. Masukkan bahagian kepala sotong dan disumbat ke dalam sotong. 

Ketupat Sotong

Ambil lidi dan dicucuk bagi melekatkan kepala dan badan sotong. Buat sehingga habis.

Ketupat Sotong

Susun sotong yang telah disumbat dengan pulut ke dalam periuk. Masukkan santan dan daun pandan. Nyalakan api dan masak sehingga pulut masak. 

Ketupat Sotong

Ketupat Sotong

Untuk melihat pulut telah masak, saya akan cucuk sedikit sotong dengan pisau kecil yang tajam dan dicungkil keluar pulut. 

Setelah pulut masak, baru dimasukkan gula Melaka dan gula secukupnya. 

Ketupat Sotong

Masak sehingga gula hancur dan kuah kelihatan masak dan sedikit pekat. Bolehlah ditutup api.

Ketupat Sotong

Selamat menikmati ketupat sotong. Jika ada lebihan beras pulut, boleh dimasak dan dimakan dengan kuah ketupat sotong.

Ketupat Sotong

Ketupat Sotong

Selamat mencuba...
   

Catat Ulasan for "Ketupat Sotong Bertelur"