Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Homemade Jem Rambutan

Homemade Jem Rambutan

Rambutan adalah antara buah buah tempatan kegemaran saya. Mungkin sebab semasa kecil dulu, kami menpunyai banyak pokok rambutan. Ada ketika saya memanjat pokok yang rendah dan memetik dengan tangan sambil dimakan di atas pokok. 

Saya kali pertama mendengar berkenaan dengan jem rambutan berpuluh tahun dahulu ketika masih tinggal di kampung kelahiran saya di Kampung Tangok. Ketika itu, kami beramai ramai mengait buah rambutan. Ketika itu lah salah seorang dari jiran saya menyebut berkenaan cadangan untuk menyediakan jem rambutan. 

Homemade Jem Rambutan

Alhamdulillah kerana pokok rambutan jiran hadapan rumah saya, Dato Araffin berbuah dengan banyak kali ini. Setiap kali beliau datang mengait buah rambutan, pasti akan diberikan kepada kami satu plastik besar. 

Anak anak saya tidak berapa gemar buah buah tempatan terutama Nana yang sentiasa mengingatkan saya supaya makan dua atau tiga biji sahaja kerana rambutan mengandungi gula yang tinggi. 

Ketika Dato Araffin mengaitkan buah yang akhir, diberikan kepada kami 2 plastik besar. Itu yang menyebabkan buah tak habis dimakan, kulit buah rambutan pun dah mulai kecut. Jadi saya membuat keputusan untuk menyediakan jem rambutan. Dapatlah mengelakkan pembaziran kerana jem boleh disimpan lama di dalam peti sejuk. 

Homemade Jem Rambutan

Sangat sedap disapu pada roti. Lebih lebih lagi jika jem masih sejuk sejuk. Wallaa sedap dan yang penting, ianya adalah homemade yang terjamin kebersihannya. Saya meletakkan sedikit pewarna bagi menjadikan jemnya lebih menarik. Tapi bila siap, ianya menyerupai jem nenas pula. Tapi ianya lebih baik dari dibiarkan dengan warna asal. 

Jika anda menpunyai lebihan rambutan yang kulitnya telah kering atau isinya telah berair, bolehlah sama sama mencuba menyediakan homemade jem rambutan.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Homemade Jem Rambutan

Jem Rambutan

Bahan bahan:
Rambutan secukupnya
Gula pasir 
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna

Cara cara:
Kupas rambutan dan cuci isinya. Masukkan dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus seketika. Tutup api dan tos.

Homemade Jem Rambutan

Hiris isi rambutan dan asingkan dengan bijinya. 

Homemade Jem Rambutan

Masukkan ke dalam blender dan kisar bersama air rebusan rambutan tadi.

Homemade Jem Rambutan

Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering, Masukkan garam dan sedikit pewarna serta daun pandan. Kacau sehingga air kering dan kelihatan berkilat.  Bolehlah ditutup api.

Homemade Jem Rambutan

Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas kaca dan simpan di dalam peti sejuk. Sedap disapu pada roti. 

Homemade Jem Rambutan



4 ulasan for "Homemade Jem Rambutan"

  1. Gula tu masukkan berapa banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. secukup rasa. masuk sikit sikit seb ada rambutan yang manis, ada yang tak berapa manis

      Padam