Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cream Puff Yang Sedap Dari Juita

Cream Puff Yang Sedap Dari Juita

Resepi hari ini diambil dari blog Masam Manis oleh blogger tersohor Norazlita Aziz di SINI yang sangat saya kagumi. Kali pertama saya mengenali kuih ini ialah ketika di tingkatan empat di mana sahabat baik saya Cik gu Noriah Mohamed ketika itu menyediakannya untuk satu majlis makan makan di sekolah. Memang sedap dan nampak cantik sekali. Selain dari cream puff, dia juga menyediakan puding roti.

Saya terus meminta resepi dan cuba membuatnya. Memang menjadi cream puff nya. Tapi creamnya tidak menjadi kerana saya tidak menggunakan tepung kastard. Maklumlah masa itu, mana ada duit nak membeli bahannya. Lagi pun bukan ada dijual di kedai runcit berdekatan rumah. 

Seumur hidup pun tak pernah beli tepung kastard ketika itu. Jadi cream saya tidak menjadi kuning dan tidak kental. Saya lupa apa bahan yang saya gunakan untuk mengganti kastard ketika itu. Kenangan itu, amat saya ingati sehingga sekarang. 

Cream Puff Yang Sedap Dari Juita

Cream Puff hari ini disediakan Juita ketika beliau bercuti di Malaysia tapi saya belum sempat publish. Juita memang hebat dalam bab menyediakan kek, biskut dan kuih muih. Sejak belajar di Manchester, dia mula belajar memasak. Malah semasa kami ke sana, Juita telah menyediakan nasi lemak siap dengan ayam goreng untuk kami. Berbeza dengan Nana yang serba boleh dalam semua.  

Saya pernah menyediakan Cream Puff Choux Pastry tapi menggunakan fresh cream. Boleh klik di SINI. Sedap dengan rasa yang berbeza dari cream puff hari ini. Hahaha rasa lebih English nya.

Jom layan resepi yang digunakan oleh Juita dan saya olah semula di bawah ini. Selamat mencuba..


Cream Puff Yang Sedap Dari Juita

Cream Puff
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 ml air 
45 gram butter - suhu bilik, potong 1cm 
60 gram tepung gandum - diayak 
2 biji telur - 100 gram

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, boleh terus sapukan butter 

Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur kuning dan telur putih bercampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan kacau cepat-cepat. 

Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 

Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Sedia untuk dipiping. 

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak ada boleh guna bucu plasti yang dipotong anggaran 1 cm. 

Pipe ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air. 

Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit. Kalau mahu lagi perang, biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

Cream Custard
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200 ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur - saiz besar 
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning 

Cara cara:
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 

Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul ketul. 

Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 

Masak atas dapur dengan api yang sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

Cream Puff Yang Sedap Dari Juita


6 ulasan for "Cream Puff Yang Sedap Dari Juita "

  1. Salam. Kak Azie. Thanks juta2 lemons ya. Entry2 akak sentiasa jd inspirasi masakan sy dari sblm kahwin smpai dh anak sorang. Alhamdulillah semua resepi akak menjadi je kalau buat. Be it pastries or lauk pauk.. tak pernah mengecewakan. Hehe. Thanks again kak sbb tak lokek berkongsi ilmu. Semoga akak dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.

    Lots of love,
    Anis Zuber, Cyberjaya

    BalasPadam
  2. Tq kak azie. Saya jauh.di perantau rindu.makanan malaysia. Blog kak.azie dah byk.ajar saya memasak dgn lebih baik

    BalasPadam
  3. Terbaik...syukran atas perkongsian ilmu masakan ini...n semoga ia adalah penyebab kita ke syurga Allah.inshaAllah..aamin

    BalasPadam
  4. Blog Azie kitchen sentiasa jadi panduan . best. harap sangat suatu hari boleh jumpa kak Azie .

    Regards from Sarawak~

    BalasPadam
  5. TQ Azie. Resipi Azie menyuntik semangat utk saya yg x brp rajin masak ni... InsyaAllah...semuanya jadi wp first trial! TQ so much

    BalasPadam
  6. Tq azie
    Saya dah try dan menjadi
    tq very much
    semoga segala ilmu yg dicurah dikurniakan limpah kurnia dr Allah hingga syurga
    aamiinn

    BalasPadam