Daging Berlada Hitam Istimewa Ala Restoran Mewah
Oleh kerana tajuk entri hari ini adalah ala ala golongan kaya ternama, meh kita citer citer sikit bab angan angan jadi kaya. Walaupun semasa di sekolah menengah rendah dulu, selalu berangan angan ingin menjadi orang kaya yang tinggal di rumah besar, memiliki kereta mewah, memakai pakaian berjemama dan melancung ke sana sini.
Itu dulu. Tapi kini saya merasa bahawa apa yang saya miliki kini telah mencukupi. Ada hikmahnya saya tidak memiliki semua itu. Hanya Allah lebih Mengetahuinya. Cukup sekadar apa yang diperlukan untuk hidup selesa sahaja.
Saya tidak bermaksud tidak boleh memiliki kekayaan dan kejayaan. Tidak sama sekali. Islam menggalakkan umatnya kaya dan berjaya. Sumbangan zakat dan sedekah dapat membantu mereka yang memerlukan. Malahan saya suka melihat lifestyle orang kaya kaya. Tumpang gembira melihat kejayaan mereka terutama anak anak muda seperti Dato Seri Aliff Syukri Pengasas produk D’Herbs.
Tidak dinafikan ada ketika, saya merasa agak janggal melihat golongan kaya dan ternama yang bergaul sesama sendiri sahaja. Bukan salah mereka kerana mungkin itulah circle of friend yang mereka ada. Tapi saya lebih suka melihat mereka yang kaya tapi masih berkawan dengan semua peringkat tanpa mengira pangkat dan gelaran. Gelaran yang diberikan sultan dan raja raja tidak menjadikan darjat seseorang lebih tinggi dari yang lain. Itu pendapat saya lah. OK sekarang kita masuk sedikit bab masakan hari ini.
Sangat mudah dan rasanya pulak terlajak lah sedap. Aduii nampak masakan daging Berlada Hitam Istimewa hari ini ala ala lauk yang dipesan di restoran. Memasaknya sangat sangat mudah dan cepat. Hanya ikut sahaja arahan di pek pembungkusan.

Jom layan resepi mudah tetapi sangat sedap tetapi sangat sedap. Memasaknya semudah ABC gitu. Jangan lupa singgah Instagram Azie Kitchen untuk melihat video di SINI.
Daging Berlada Hitam Istimewa
500 gram daging batang pinang
1 biji bawang besar
2 tangkai daun bawang - potong 3 cm panjang
2 sudu besar minyak masak
1 pek Perencah Berlada Hitam Istimewa Maggi
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan minyak masak dan masukkan daging. Dikacau dalam 5 minit.
Bancuh perencah berlada hitam istimewa Maggi dengan 3 sudu besar air. Kemudian tuangkan ke dalam kuali. Kacau seketika dan masukkan pula bawang besar.
Kacau dan masak sehingga daging masak. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan dikacau dalam 1 minit.
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba...

Catat Ulasan for "Daging Berlada Hitam Istimewa Ala Restoran Mewah"
Add your comment