Kerabu Kerang Thai Yang Menbangkitkan Selera
Entri saya hari ini adalah entri yang telah lama tertunggak. Hampir setahun lamanya sehingga dah bersawang. Sebetulnya terlalu panjang draft entri yang tersenarai. Tetapi menulis memerlukan mood. Bila tak mood, memang tak boleh menulis atau mengemaskini blog. Itu lah sebabnya senarai resepi yang menanti untuk di post sangat panjang.
Hari ini saya ingin kongsikan juga resepi Kerabu Kerang Thai walaupun telah lama. Suatu ketika dulu sangat femes di kalangan Instragramer. Sebenarnya Hubby membeli kerang yang sangat segar di pasar Taman Tun. Oleh kerana saya tiada di rumah kala Hubby tiba di rumah, maka kerang disimpan dalam freezer bersama bahan lain yang dibeli.
Aduhaai mati ler kerang kerang tu dek kebekuan. Itulah pasal, isi kerang saya hari ni nampak kecut. Tapi petua yang saya dapat untuk mengelakkan kerang dari menjadi kecut adalah dengan memasukkan ketulan ais di dalam rebusan kerang buat seketika sebelum diangkat dan dikopek.
Saya kebelakangan ini tidak boleh lagi makan kerang dek allergy kepada makanan laut yang bercengkerang. Jadi bila memasak kerang semestinya untuk anak bongsu saya Aween yang sangat gemarkan kerang. Anak anak saya, Boy dan Aween yang tolong mengopek kerang hari ini...

Jom layan resepi yang saya ambil dari Instagram yatiekitchen yang sangat mudah dan yang penting sedap dan disukai oleh anak anak. Walaupun kerang tak cantik dek insiden terbeku tetapi rasanya tetap sedap dan mantap. Saya juga ada menyediakan video buat follower blog saya di SINI. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg kerang
2 biji limau nipis - perah ambil jus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
Air asam jawa - biar pekat sikit
Garam
Serbuk perasa
Tomato cherry - belah 2
Daun ketumbar - hiris
Bahan tumbuk kasar:
4 tangkai cili padi hijau
4 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih
Cara cara:
Kerang dibasuh bersih. Masakkan air hingga mendidih. Selepas mendidih, baru dimasukkan kerang dan dikacau dalam beberapa minit.
Kemudian tuang ketulan ais ke dalamnya. Kacau lagi dalam 20-30 saat. Buang air dan tinggalkan ketulan ais sahaja. Tutup api dan bolehlah dikopek kerang. Itu petua untuk menjadikan kerang kita tidak kecut.
Masukkan semua bahan lain dalam bahan tumbuk. Gaul rata. Gaul kerang dengan semua bahan di atas.
Akhir sekali, masukkan buah tomato dan daun ketumbar serta tabur sedikit serbuk perasa, jika suka. Siaaap.
Nota:
Sambal saya hari ini agak sedikit, jadi jika suka boleh gandakan bahan tumbuk supaya kerang lebih bersambal.
terima kasih tips ais ngan kerang tu. hehe. nanti boleh la saya cuba ^_^
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Memang tertanya2 camne nk dapatkan kerang rebus yg segar macam org lain 😅😅
BalasPadam