Kari Terung Versi Kelantan
Hari ini saya ingin kongsikan resepi Kari Terung menggunakan rempah Kari Terung yang dipos dari Kelantan. Di Kelantan, Pajeri adalah sejenis masakan yang menggunakan kuah air, bukan kuah santan. Tidak juga menggunakan rempah kari.
Jika menggunakan santan dan rempah kari, dikenali sebagai Kari Terung, bukan Pajeri Terung. Memang ada rempah khas untuk dibuat kari terung. Kalau di KL, kita hanya menggunakan rempah kari ayam atau daging untuk dimasak lauk pajeri.
Jika menggunakan santan dan rempah kari, dikenali sebagai Kari Terung, bukan Pajeri Terung. Memang ada rempah khas untuk dibuat kari terung. Kalau di KL, kita hanya menggunakan rempah kari ayam atau daging untuk dimasak lauk pajeri.
Sedikit pendapat saya tentang Kari Terung hari ini. Hmm kalau dah namanya orang Kelantan, mesti sahaja kari terung ini sangat sedap pada tekak saya. Sama dengan pajeri terung, kari terung mesti menpunyai lebih sedikit rasa manis berbanding dengan rasa yang lain. Barulah kick rasanya.
Jom layan resepi mudah yang saya gunakan hari ini. Semuanya sama sahaja dengan cara kita menyediakan kari, cuma saya tidak menggunakan halia dan menggunakan rempah kari khas untuk kari terung. Itu sahaja...
Kari Terung Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5-7 batang terung - belah 2
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang
2 1/2 sudu besar rempah kari terung
1 sudu besar kerisik
1/4 ketul gula Melaka
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak
Garam
Gula
Minyak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis iaitu kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga wangi.
Masukkan rempah kari terung dan kacau rata. Masukkan sedikit air supaya rempah kari tidak hangit. Kacau sehingga ianya terbit minyak.
Masukkan air dan santan secukupnya. Masukkan terung dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan asam keping, garam, gula Melaka dan gula serta serbuk perasa. Masak sehingga terung lembut dan kuah sedikit pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api.
Nota:
Kari terung biasanya tidak banyak terbit minyak seperti Pajeri Terung di sini.
saya suka pajeri terung. kari terung ni belum cuba lagi. dah ada resepi ni, boleh la try ^_^
BalasPadamBoleh tahu, rempah kari terung jenama apa? Ada gambar?
BalasPadamKebiasaannya rempah dan serbuk di sana tiada jenama. Ia dijual secara diceduk dan dicampur ketika kita membeli.
PadamKalau di Kb, cari di Berek 12. Kari terung Cap Langgar.
Padam