Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Fruits Pastry Cake Yang Sedap Di Bake & Munch Shah Alam

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Sebenarnya telah lama saya tidak membuat kek. Pertama kerana anak anak tiada di rumah. Jadi yang akan makan kek tu nanti, hanya saya seorang. Macam mana nak diet kalau asyik makan kek pagi petang. Kedua kerana kitchen mixer saya sekarang dah berpindah ke Cafe Bake & Munch di Seksyen 9 Shah Alam. Cafe anak menantu saya yang tag line adalah "We Bake You Munch". Sebetulnya saya ada juga hand mixer di rumah tapi biasalah penyakit kemalasan melanda diri. 

Jadi agak lama lah hasrat untuk menyediakan Fruits pastry cake tertangguh walaupun keinginan nak makan kek ini memang meluap luap. Kek ini memang tengah meletop dan viral sekarang ini. Merata rata orang menayangkan kek ini. Juga ramai yang mengambil tempahan membuat kek ini. 

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Jadi sempena cuti sambutan Maal Hijrah baru baru ini, saya dan Hubby serta anak anak berkampung di Bake & Munch untuk menyediakan kek Fruits Pastry untuk dijual di situ. 

Sebaik sahaja kek masak, kami makan secara beramai ramai kerana saya perlu mendapat maklumbalas akan kelembapannya, kemanisannya dan yang penting untuk melihat prestasi oven di Bake & Munch. 

Memang sangat sedap kek ini dan tidak menjemukan seperti mana mana kek yang lain. Teksturnya lembab walaupun ianya tidak gebu seperti butter cake. Tekstur kek ini adalah kombinasi antara sponge cake dengan butter cake gitew. Ala ala english cake yang sedap dinikmati bersama secawan english tea. 

Rasanya yang masam manis dari buah buahan segar yang digunakan di atasnya. Malahan, selepas keesokannya, rasanya menjadi lebih sedap kerana air buah buahan yang meresap ke dalam kek.

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Saya menyediakan 2 adunan untuk dibakar dalam bekas kecil yang menghasilkan 3-4 bekas aluminium. Manakala 2 adunan lagi dibakar dalam 1 loyang saiz 10"x10". Tapi lepas ini akan guna 1 adunan untuk 1 loyang kerana kek ini mesti tidak boleh terlalu tebal. Ianya bukan kek tebal atau gebu seperti kek butter.   

Ramai follower saya meminta saya kongsikan resepi yang saya gunakan. Jadi hari ini saya ingin kongsikan resepinya di bawah ini. Memang terdapat pelbagai versi yang berbeza dari segi sukatan. Tapi saya percaya hasilnya tidak banyak berbeza. Jadi terpulanglah pada citarasa dan kesukaan masing masing. 

Sebetulnya kalau kita jarang membuat kek, boleh sahaja dibeli siap atau ditempah sahaja. Lebih lagi kalau sekadar ingin merasa. Bahan untuk membuat kek tidak boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit, jadi kos akan menjadi agak mahal. Jika mahu membuat tempahan, boleh WhatsApp Bake & Munch di 601136525011.

Lain lah kalau kita memang jenis yang suka menyediakan kek atau cookies dari masa ke semasa. Kalau di rumah saya, dari masa ke semasa memang akan ada pembuangan barang barang membaking yang telah melebihi expiry date.

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Fruits Pastry Cake

Bahan A:
100 gram mentega - suhu bilik 
180 gram gula kaster 
50 gram sour cream/plain yoghurt

Bahan B:
3 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil parutan kulit orange/1 sudu besar oren sunquick

Bahan C:
210 gram tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
500 gram fresh fruits - strawberries, blueberries, mandarin orange atau peach dalam tin/segar

Bahan D:
Snow powder - hiasan 

Cara cara:
Basuh dan potong buah pada saiz kecil sejam lebih awal dan keringkan dalam penapis atau tisu dapur untuk elakkan buah tenggelam. Boleh juga jika mahu ditaburkan dengan 2 sudu besar gula atas buah strawberry dan blueberry. 

Panaskan oven pada 170C. Lenser loyang saiz 9"x9" dengan sedikit mentega dan lapik dengan parchment paper. 

Putar mentega dan gula sehingga kembang dengan kelajuan perlahan. Masukkan sour cream/yoghurt dan putar lagi. 

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sebati. Masukkan extract vanilla dan parutan lemon/oren. 

Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan kelajuan paling perlahan atau dikaupbalik dengan menggunakan sudip kayu sahaja. Jangan terlebih gaul.

Tuang ke dalam loyang dan ratakan permukaan atas. Boleh hentakkan supaya rata. 

Susun buah buahan rapat supaya kek naik sekata. Bukan kek bahagian tak ada buah jer naik. Jangan ditekan buah. Biarkan buah tenggelam sendiri ketika dibakar. 

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Bakar selama 50-60 minit atau sehingga kek masak. Kami bakar selama 60 minit. Tutup permukaan dengan aluminium foil untuk 15 minit terakhir untuk mengelakkan permukaan atas kek menjadi terlalu keperangan. 

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Sejukkan dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, ayak dusting sugar atau snow powder atas kek yang telah sejuk sebelum dihidangkan. Snow powder lebih tahan dan tak larut dalam kek berbanding dengan gula icing. 

Fruits Pastry Cake Yang Sedap dan Tengah Viral Di Bake & Munch Shah Alam

Nota:
Untuk 15 minit akhir, bolehlah ditutup atas loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan atas kek menjadi terlalu keperangan dan buah menjadi terlalu kering dan tidak cantik.

Buah hanya diletakkan sejurus sebelum dibakar dalam oven. Jika guna buah dalam tin, boleh basuh buah untuk buang air sirap gula, jika suka. 

Jangan diletak buah terlalu padat sehingga menjadi seperti kek buah. 

Kek menjadi lebih sedap selepas semalaman. 



4 ulasan for "Fruits Pastry Cake Yang Sedap Di Bake & Munch Shah Alam"

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ASSALAM KAK AZIE...SAYA SUKA BACA BLOG KAK AZIE..TERUTAMANYA PASAL HOLIDAY...BILA SAYA RESAH DAN GELISAH SAYA AKAN SELALU MENENPEL KAT BLOG NI..SAYA SUKA BACA WRITE UP KAK AZIE.. X SABAR NAK TGU AKAK BUAT WRITE UP CUCU KESAYANGAN..

    BalasPadam
  3. salam kak, saya ada order dengan kawan di tempat kerja Fruits Pastry cake ni, rasanya memang sedap sangat tambah lagi ada buah-buah segar.Memang teringin nak buat sendiri, tapi anak-anak kurang gemar pulak kek ni..terima kasih kongsi cara akak buat kek viral ni:)

    BalasPadam
  4. slm, k azie, resipi red velvet akk (dlm entry lain..:))boleh kukus x?

    BalasPadam