Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Hitam Turun Temurun Yang Mudah dan Sedap

Daging Masak Hitam Yang Mudah dan Sedap

Masih ada daging korban di rumah? Haa kalau ada, hari ini kita kongsikan resepi mudah iaitu Daging Masak Hitam. Ianya adalah resepi turun temurun yang dikatakan kesedapannya terletak pada bawang hiris yang banyak. 

Perkongsian resipi Daging Masak Hitam Oleh Puan Jija Mubin ini antara yang menarik boleh dicuba. Resepi asal beliau adalah untuk 10 kg daging dan menggunakan 2 botol kicap. Jadi jika suka lebih atau kurang, bolehlah disesuaikan sendiri dengan selera masing masing.


Daging Masak Hitam Yang Mudah dan Sedap

Lebih istimewa, keenakkannya yang tersendiri sehingga tak perlu lagi menambah gula, garam mahupun bahan perasa lain pada masakan ini. Haa inilah yang menyebabkan saya teruja mencuba walaupun saya telah menpunyai resepi Daging Masak Hitam sebelum ini di SINI dan SINI

Kalau memasak dalam jumlah yang banyak, bolehlah digunakan bawang besar sahaja. Kalau sikit, boleh guna bawang merah rose kerana ianya lagi sedap. 

Saya tiba tiba teringin nak menyediakan Daging Masak Hitam selepas teringat ada banyak daging di dalam peti ais. Saya suka lauk seperti ini kerana ianya boleh disediakan awal dan disimpan dalam freezer. 

Jika untuk hidangan raya, kita boleh memasaknya awal. Malam raya tak ada lah terkocoh kocoh hendak memasak itu dan ini sehingga tidak sempat melakukan amal ibadah yang afhdal dibuat di malam raya. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat sedap dan simple sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba...

Daging Masak Hitam Yang Mudah dan Sedap

Daging Masak Hitam

Bahan bahan:
1 kg daging 
1 kg bawang besar
4 sudu besar cili kisar - ikut kepedasan disukai 
1/4 botol kicap manis Cap Kipas Udang
2 helai daun pandan
2 batang serai - ketuk  
Pes asam jawa
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih 

Cara cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang yang dihiris sehingga layu dan sedikit kekuningan. 

Daging Masak Hitam Yang Mudah dan Sedap

Setelah bawang layu dan sedikit garing, masukkan cili kisar terpulang pada kepedasan. Boleh ditambah jika rasa kurang pedas. 

Tumis sampai cili benar benar masak dan garing. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai. 

Setelah itu, masukkan daging. Apabila daging telah layu sedikit, masukkan kicap kipas udang. Nota: saya rebus daging terlebih dahulu.

Daging Masak Hitam Yang Mudah dan Sedap

Bila daging telah empuk, masukkan pes asam jawa dengan sedikit air. Bila dah masak, ceduk lebihan minyak di dalam kuali.

Nota:
Masakan ni memang tiada tambah gula dan garam sebab memang dah secukup rasa.


Catat Ulasan for "Daging Masak Hitam Turun Temurun Yang Mudah dan Sedap"