Ikan Bawal Kukus Lada Hitam Lauk Wanita Dalam Pantang
Saya menyediakan Ikan Bawal Kukus Lada Hitam ini hari pertama Nana keluar dari hospital. Percaya tak kalau saya katakan saya tak pernah makan ikan kukus semasa kecil. Masakan yang Bonda saya tidak pernah buat. Orang kampung hanya masak lemak atau goreng/bakar atau rebus singgang sahaja.
Itu sebab sehingga kini saya tidaklah penggemar ikan kukus. Namun saya cuba juga memasak dan makan ikan kukus kerana khasiatnya. Maksud saya cara masakan yang sihat.
Teringat seorang kawan bercerita akan keenakan ikan bawal putih terutama yang besar dan gemuk. Katanya isi ikan ni rasa seperti isi ketam yang pejal pejal. Sejak itu, saya mula appreciate ikan bawal putih ini. Harga ikan bawal putih yang besar sangatlah mahal dan menjadi pilihan orang Cina.

Selain dimasak kukus, ikan ni juga sedap digoreng rangup. Tapi kalau untuk wanita dalam pantang, makan ikan bergoreng hanya selepas 2 minggu bersalin. Di peringkat awal, kurangkan pengambilan minyak kecuali minyak bijan.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk melihat cara penyediaannya. Selamat mencuba...
Ikan Bawal Kukus Lada Hitam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 inci halia muda - hiris
3-4 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Sedikit pes asam jawa
Sedikit minyak bijan - opsyenal
Garam
Sedikit minyak bijan - opsyenal
Garam
Cara memasak:
Satukan semua bahan dan lumurkan ikan. Letakkan ikan di dalam bekas kaca untuk mengukus.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih, Masukkan bekas ikan tadi dan tutup dengan tudung pengukus.
Senang juga nak buatnya.. Sha selalu beli ikan bawal nie saiz kecik-kecik buat goreng lepas tu ratah.. kikiki..
BalasPadamYang besar sgt sedap kerana isinya banyak.
Padam