Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

Bukan namanya orang Kelantan, kalau tak suka makan nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang. Zaman saya kecil dulu, tak ada nasi lemak di tempat saya. Bila satu hari kakak sepupu saya menjual nasi lemak, saya sangat kecewa kerana tujuan saya ke situ untuk membeli nasi berlauk. Tak faham tengok nasi apakah yang berlaukkan sambal ikan bilis, telur dan timun. Hahaha jakun sangat waktu itu... 

Hari ini selain nasi goreng kerabu, saya juga menyediakan Sambal Kelapa untuk dimakan dengan nasi kerabu di samping saya mahu memcicah dengan nasi impit. Selain itu, saya juga menyediakan daging goreng garam kunyit, konon konon untuk gantikan daging bakar. Hahaha nampak benar saya rindukan masakan Kelantan. Maklum sejak berkahwin dan bekerja, saya jarang balik kampung. Kalau balik pun, hanya untuk beberapa hari sahaja. 

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

Entah kenapa malam tadi, saya tidak dapat melelapkan mata. Air mata bergenang mengenangkan segala yang pernah saya lalui bila baru membina kehidupan. Sebagai anak kampung, hanya sekeping ijazah yang telah mengubah kehidupan kepada apa yang saya miliki hari ini. Hanya kini, baru terasa lega dan ada sedikit lebihan untuk dibelanjakan bagi memanjakan diri sendiri. Kalau dulu, semuanya hanya cukup cukup untuk perbelanjaan keluarga atau sentiasa defisit. 

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

Saya sedih kerana semasa arwah Ayah masih hidup, dia sangat berbangga dengan saya. Dia bangga mendengar kawan kawannya memuji saya yang ketika itu, dikira antara yang bergaji tinggi di kampung. Malahan malam saya menghadiri temuduga untuk kerja, arwah telah bermimpi berjaya menangkap seekor burung yang sangat besar sehingga dikagumi dan ditegur oleh orang orang kampung. 

Selepas terjaga dari tidur, arwah Ayah menceritakan hal mimpi kepada arwah Bonda. Dia mengatakan Insya Allah, saya akan berjaya dalam temuduga dan solat hajat mereka dikabulkan Allah. Ini diceritakan sendiri oleh arwah Bonda pada saya. 

Saya merasa sangat malu dengan diri sendiri ketika itu kerana tidak mampu berbakti dan memberi kemewahan pada kedua ibubapa. Maklum hidup di bandar yang serba serbi mahal, gaji yang diterima hanya cukup untuk membantu suami dan membiayai perbelanjaan anak anak. 

Saya berdoa agar saya diberi peluang berbakti kepada kedua ibubapa dengan kiriman doa dan sedekah buat mereka setelah ketiadaan mereka. Mereka telah mendidik saya, mereka yang mendisiplinkan solat saya, mengajar Al Quran untuk saya, menunjuk ajar saya. Semoga mereka mendapat pahala berterusan dari didikan dan ajaran mereka buat saya dan adik beradik yang lain. Aameen. 

Masuk bab resepi, serious sangat sedap nasi kerabu goreng ini, apalagi digandingkan dengan sambal kelapa dan daging goreng. Jom pakat cuba sendiri di rumah. Boleh lihat video penyediannya di SINI. Selamat mencuba...

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

Nasi Kerabu Goreng

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
1 kiub pati ikan bilis maggi - opsyenal
4 batang kacang panjang
1 ikat daun kesum
1/2 kuntum bunga kantan - saiz besar
1 batang kacang botol
1 papan petai - hiris nipis

Bahan kisar:
Sedikit ikan bilis 
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
3 tangkai ciki merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau rata. 

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

Masukkan nasi dan dikacau rata. 

Masukkan semua ulaman seperti kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, petai dan kacang botol. Masukkan sedikit garam. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan. 

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap

 Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap


Catat Ulasan for " Nasi Goreng Kerabu Yang Terlajak Sedap"