Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Semperit Susu


Alhamdulillah hari ini hari ke 28 kita berpuasa Ramadhan. Masih ada satu malam untuk kita bersolat terawih dan masih ada satu hari lagi untuk kita berpuasa. Memang terasa sangat sedih kerana Ramadhan akan berlalu pergi. Tawaran pahala berganda juga akan berlalu. Sama sama berdoa agar kita dipertemukan dengan banyak lagi Ramadhan. Ramadhan hanya diberi istimewa kepada umat Nabi Muhammad SAW yang kebanyakan umurnya pendek pendek berbanding umat terdahulu. 

Jadi dengan Ramadhan pahala akan dilipatganda yang membolehkan seolah kita beribadah lebih dari 1000 malam dengan pahala lain yang digandakan hingga lebih 700 kali ganda atau lebih lagi. Tapi sedih bila melihat ada yang tidak berapa kisah untuk merebut peluang ini. Tidak bersungguh sungguh beribadah, solat terawih pun berkira kira. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka tidak mendapat hidayah. Kita doakan agar mereka diberikan petunjuk jalan yang benar. 

Ramai yang menulis menanya jika saya menpunyai resepi Semperit Susu. Sebenarnya dah lama teringin nak membuatnya tetapi asyik tertangguh. Saya memang suka kuih muih tradisional seperti ini.  Ketika google untuk mencari resepi, terjumpa satu resepi yang menarik hati saya. Cepat cepat saya menyalin dan membaca komen komen mereka yang pernah mencubanya. 


Tertarik dengan apa yang ditulis sebagai semperit yang bunga tak menjadi leper selepas dibakar. Bahan bahan yang diguna sangat mudah. Hanya 4 bahan sahaja. 

Saya tidak menyalahkan resepi tapi salah saya sendiri. Semperit saya hari ni menjadi leper. Huhuhu walaupun rasanya sangat sedap tapi kejadian kira tidak cantik. Nanti nak kena cuba lagi sampai jadi. 

Rasanya sebab adunan dah terlebih lama bila saya baru perasan yang saya tidak punya acuan kuih semperit. Jadi terpaksa mengajak Nelly ke Bake with Yen. Habis acuan nya. Jadi pergi pula ke Bagus. Walaupun saya menyimpan doh yang diterap dalam peti, masih tak menjadi. Sedih sangat sedih. 

Ada satu lagi resepi menggunakan sukatan bahan yang sama kecuali tepung jagung yang digunakan adalah 500 gram dan tiada penggunaan tepung kastard. Insya Allah, nanti boleh cuba pula resepi ini. Mana tahu sesuai untuk saya yang baru belajar buat kuih semperit. 

Jom layan resepi yang saya guna hari ini. Ramai yang dah cuba resepi ini dan menjadi dengan sempurna. Jadi anda masih boleh ikut resepi ini. 



Semperit Susu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram Mentega - suhu bilik
230 gram susu pekat manis
400 gram tepung jagung - tak perlu habiskan jika doh telah elok lembutnya 
2 sudu besar tepung kastad

Cara cara:
Satukan mentega dan susu pekat manis. Kacau sekadar bergaul sebati sahaja. 


Masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Doh yang lembut, akan memudahkan ditekan dari acuan. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung jagung sambil menguli perlahan. Kelembutan doh bergantung kepada memtega yang digunakan. 

Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan. Susun dalam loyang pembakar yang dilenser sedikit mentega atau guna baking paper. Hias dengan buah ceri. Biarkan seketika dalam 30 minit. 



Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing masing. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. 


Nota:
Cara nak tahu semperit sudah masak ataupun tidak, cuba tolak menggunakan garpu dan jika bergerak tak melekat pada loyang pembakar, maknanya ia telah masak.


4 ulasan for "Semperit Susu"

  1. seronoknyaaaaa..sedappnya semperet.

    BalasPadam
  2. Salam Kak. Nak tanya, apa fungsi tepung kastard dalam ni ye? Saya dah cuba resepi lain tapi hanya pakai tepung jagung. Dan adunan ni boleh dapat berapa pieces ye? Thank you in advance.

    BalasPadam
  3. Kenapa tak menjadi hmm sedihla

    BalasPadam