Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan dan Cerita Harijadi

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Hari ini adalah hari jadi saya yang sebenarnya telah disambut lebih awal dengan anak anak, boleh klik di SINI. Hari ini saya sangat terharu kerana saya telah diraikan oleh kawan kawan pejabat dengan kek yang dihadiahkan oleh sahabat baik saya, Saudara Radzuan. 

Kawan kawan telah mengembirakan dan menceriakan saya dengan sama sama menyanyi lagu selamat hari jadi buat saya. Gelak tawa dan usikan mereka adalah suatu yang akan saya kenangi selamanya. Terima kasih yang tidak terhingga. Juga terima kasih buat semua kawan kawan dan follower yang tidak henti henti memberikan ucapan hari jadi buat saya di Instagram, WhatsApp, facebook dsb. 



Hari ini adalah hari ketiga saya kembali bertugas selepas beberapa minggu bercuti sakit. Sebenarnya saya masih tidak sembuh sepenuhnya. Masih mudah kepenatan dan rasa lemah. Masih tiada semangat. Masih belum betul betul warm up. Saya masih terlalu sensitif dan mudah tersentuh. 

Mungkin ini ujian untuk saya yang perlu ditempuhi di saat saat saya sepatutnya berbahagia dengan famili, dengan sahabat dan dengan follower saya yang sepanjang masa dari pagi hingga ke malam menemani saya dengan pelbagai chatting, komen dan pelbagai kata kata dorongan. Pendek kata saya tidak kesunyian walaupun hakikatnya saya berada bersendirian di bilik.

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Bila badan rasa tak sihat, secara semulajadi selera makan akan hilang. Bila selera makan hilang, saya akan makan makanan simple yang boleh membuatkan saya lalu mengunyah dan menelan. 

Saya sejak dari dulu kurang suka masakan berkuah. Saya akan makan dengan nasi putih yang sedikit sahaja kuah seperti sambal yang digaul gaul dengan nasi putih. Saya memang tidak gemar nasi berkuah banjir atau penuh dengan lauk pauk yang bercampur di dalam pinggan.

Hari ini saya teringin nak makan sambal telur yang biasa saya masak dan makan semasa zaman di kampung dulu. Inilah caranya di mana telur digoreng mata sahaja. Sambal pulak pekat dan kering melekat di telur gitu. 

Makanan masa kecil pasti terasa sedap jer di tekak. Makan pulak dengan ikan goreng garam kunyit jer. Kebetulan ada pula pajeri nenas Kelantan yang sedikit sedikit rasa manis sangat kena dengan selera hingga saya makan menambah nambah. 

Saya tabur sedikit bawang putih goreng garing dari Garlic Affair yang sangat sedap. Memang saya suka makan bawang putih. Kalau dalam masakan seperti mee goreng, memang bawang putih yang saya cari dulu. Dulu masa pembantu rumah saya goreng kacang tanah dengan bawang putih, maka bawang putih juga yang saya korek dulu. 

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Sambal Tumis Telur

Bahan bahan:
4 biji telur - goreng mata
1 mangkuk kecil cili kisar
Garam
Gula
1 keping asam keping
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak lebihan menggoreng telur, tumis bahan kisar sehingga agak wangi dan masak. 

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga ianya garing dan pecah minyak. 

Masukkan sedikit dulu gula dan kacau rata bagi menaikkan warna. Masukkan sedikit air dan kacau. 

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Masukkan bawang besar, asam keping, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Akhir sekali, masukkan telur dan kacau supaya bersalut dengan sambal. Bolehlah diangkat. 

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan

Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan


4 ulasan for "Sambal Telur Yang Mengimbau Kenangan dan Cerita Harijadi "

  1. Selamat Hari Lahir puan Azie. Didoakan diberkati umur,kesihatan yg baik dan dberi kebaikan dunia wal akhirat ameen..
    Saya suka baca blog puan dan ambil inspirasi resepi2 puan..
    Jazakallah khairan kathiro..

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir pn.azie..mohon share resepinya..terima kasih

    BalasPadam
  3. Happy Belated Birthday Kak Azie,

    Membaca tentang kesihatan Akak buat saya terpanggil untuk memberi saranan utk akak mencuba product JRM by Bonda Rozita Ibrahim, Mustanir dan Royal V. Diingatkan saya bukanlh pengedar atau penjual sebarang product ini, tetapi hanya pengguna sahaja. Memandangkan kesannya yang baik terhadap saya sekeluarga, saya menyarankan utk akk mencuba. Kasihan saya membaca keluhan akk menghadapi penyakit, mana tahu Allah menyembuhkan asbab akk memakan 2 products itu, InsyaAllah.

    BalasPadam