Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Sempena hari jadi saya tahun ini, saya mencadangkan pada anak anak supaya mereka memasak dan menyediakan sendiri hidangan makan malam di rumah. Kebetulan pula, Juita akan balik ke Manchester 3 hari lagi. Jadi makan malam untuk harijadi saya dibuat seminggu lebih awal.

Alain dan Nana ditugaskan untuk mengetuai projek dengan mencari bahan bahan untuk memasak dan memasak menu utama. Manakala anak anak yang lain ditugaskan menyediakan hidangan sampingan. 

Nelly pula ditugas menyediakan mashed potatoes. Mashed potatoes kali ini sangat sedap. Saya yang tak suka makan mashed potatoes pun makan menambah nambah. Tunggu saya kongsikan resepinya ya.


Oleh kerana saya mahukan hidangan makan malam kali ini sesuatu yang lebih istimewa, kami memilih untuk menyediakan steak wagyu sebagai menu utama. Di samping itu disediakan juga mashed potatoes, salad kentang, karot dan brokoli, sup cendawan dan roti dibakar dengan garlic butter. 

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Merata rata tempat juga Alain dan Nana mencari supplier untuk daging wagyu kerana stock kebanyakannya diambil oleh restoran restoran besar. 

Cuba tengok gambar di bawah. Melihat corak 'marble' yang sangat cantik. Wagyu memang terkenal dengan harganya, keenakanya yang dikatakan mencair di dalam mulut. hmm yummy...

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Selain wagyu, Alain juga mencari daging tomahawk. Dah lama teringin nak makan Tomahawk tapi harga jika dimakan di restoran boleh mencecah 4 angka. 

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk

Alhamdulillah kerana Alain dan Nana dapat stock daging wagyu pada hari di mana majlis makan malam hendak diadakan. Stock di tempat lain akan sampai hanya pada 10 haribulan yang telah terlambat. 

Hidangan untuk makan malam disiapkan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam. Saya sangat gembira kerana akhirnya makan malam yang dirancang berminggu sebelumnya akhirnya menjadi kenyataan. 

Bukan sahaja hidangan yang sedap tetapi kegembiraan saya melihat anak anak semuanya saling tolong menolong untuk menghasilkan hidangan makan malam. Ianya adalah satu kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup.

Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk


5 ulasan for "Meraikan Harijadi Dengan Hidangan Steak Wagyu dan Tomahawk"

  1. Selamat Hari Lahir Azie....syukur Allah masih mmeberi Azie umur, kekuatan, kesihatan yang sehat serta keluarga yang bahgia.
    p/s Nana nampak berisi sikit.....

    BalasPadam
  2. Adui semua sedap..
    Kasih makin terjalin tersimpul anak beranak k zie..tahniah
    *nt share resepi ye

    BalasPadam
  3. Selamat Harijadi Kak Azie. Wishing you good health and happiness always.

    BalasPadam
  4. kat mana nak cari raw daging ni kt malaysia.

    bankami blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak jer supplier. Dlm IG pun banyak.

      Padam