Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Ketika terlihat kuih Akok yang ditayangkan di Instagram, tiba tiba teringin untuk makan kuih Akok yang berkedut kedut. Saya pernah kongsikan resepinya dulu di SINI. Tapi seperti biasa lah, saya akan cuba juga resepi lain dengan sukatan yang berbeza bagi mendapatkan Akok yang benar benar sedap dan cantik. 

Saya memang anak Kelantan dengan menpunyai tekak dan selera Kelantan. Pendek kata sampai bila pun, saya dan Kelantan tidak dapat dipisahkan. Selain Akok kuih muih Kelantan kegemaran saya ialah Sekaya Telur di SINI, Nekbat yang banyak didapati di bulan Ramadhan. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Saya menanyakan kawan kawan sekolah dari group WhatsApp kawan sekolah dahulu kalau mereka ada resepi akok yang tested. Kebanyakan mereka bekerja dan menetap di Kelantan. Jadi mereka lebih mudah mendapat resepi orang tua tua dulu. Alhamdulillah Cik gu Siti Norizan Omar, kawan sekolah sejak dibangku sekolah rendah lagi telah sudi mengajar saya resepi yang telah ditambahbaik dan dicuba sendiri. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Sementara Juita ada di rumah, saya mengajak Juita meneman saya di dapur. Senang untuk merakam video sekali. Kalau buat sorang sorang, memang lambat lah sikit. Kata Cik gu Zan, dia guna bekas acuan cupcake yang dibeli di Lazada sahaja. Senang dan cepat. Saya tak ada bekas tu, jadi guna bekas muffin dan bakar guna oven sahaja. 

Jom layan resepi yang telah saya gunakan hari ini. Saya tidak dapat mengagak saiz gula Melaka yang digunakan. Jadi saya timbang sahaja. Lebih kurang 100 gram gula Melaka. Saya tak guna gula pasir pun. Pada saya, dah secukup rasa manisnya. Tapi Juita kata, kurang manis. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap
Menghasilkan: 12 biji

Bahan bahan:
7 biji telur
250 gram santan - santan kotak + air
½ cawan tepung gandum
½ cawan air 
100 gram gula Melaka - nak manis boleh tambah 1 sudu gula
Secubit garam
3 helai daun pandan - gunting
2-3 kuntum bunga cengkih - opsyenal untuk aroma

Cara cara 
Kisar gula Melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam blender. 

Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang. 

Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas. 

Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. Saya suka yang kulit akok garing sedikit. 

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Setelah dikeluarkan dari oven, akok akan mengecut dan permukaan akan berkedut kedut. Lalukan dengan pisau ketika ianya masih panas panas supaya mudah dikeluarkan dari acuan.

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

12 ulasan for "Kuih Akok Kelantan Yang Sedap "

  1. kalau xde gula melaka,buleh ganti dgn gula perang x,?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi kurang sedap. Sebab gula melaka lebih lemak

      Padam
  2. Guna api atas bawah atau bawah saja?

    BalasPadam
  3. nise+bungka cengkih dan sedikit air perlu dimasak sehingga nise cair.tggu sampai sujuk dan tapis dahulu sebelum dicampurkan dgn bacuhan tepung

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Saya berminat nak belajar buat akok dengan puan. Kalau x keberatan, boleh puan ajar saya secara depan-depan? Ini juga untuk melaksanakan tugasan assignment saya. Saya merupakan pelajar umk. Puan tinggal di kelantan ke?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak, boleh tlg buatkan tak, saya mengidam

    BalasPadam
  6. Assalam kak zie.. Saya nk tny santan + air tuh..santan byk mana air byk mana? 250g tuh air,separuh ka?

    BalasPadam
  7. Salam Kak, kalau kami Kat Sarawak guna Gula Apong boleh tak? satu lagi ada tak option selain Oven? atas frying pan ke boleh tak?

    BalasPadam
  8. Salam kak azie, terima kasih utk resipi! Sedapp sangat rasa nak buat hari2 mak saya pun suka :) Saya tambah gula lagi 1 sudu besar sebab saya suka akok yang manis2 letingg tu hehee. Thanks kak! :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih resepi..memang sedap..saya blh tambah pendapatan

    BalasPadam