Persinggahan Di University of Manchester dan Portmeirion
Pagi 31 December 2017, saya bangun pukul 3.00 pagi dan masuk ke dapur menyediakan bahan untuk membuat cekodok pisang. Selepas itu, baru melakukan solat tahajjud.
Hari ini adalah hari terakhir kami di Scotland. Anak anak mahu sampai di London awal. Risau kalau jalan sesak sempena malam tahun baru. Ikut perancangan asal, kami ingin bermalam di Gloucestershire kerana ingin ke Bourton on the Water atau popular juga sebagai Venice of Cotswolds. Ini adalah tempat yang memang ingin saya jejakkan kaki.

Selepas makan dan solat Subuh, pukul 7.00 pagi keluar dari apartment. Perjalanan adalah sejauh 350 km dari apartment West Mayfield ke University of Manchester Oxford Road. Jalan ketika itu masih gelap gelita dan hujan rintik rintik. Alain memandu dengan kelajuan sederhana kerana jalan yang agak basah dan licin dengan ais. Jalan raya masih lengang dengan tidak banyak kenderaan.
Kami tiba di Manchester dalam pukul 11.30 pagi. Selepas parking di kawasan berdekatan rumah sewa Juita, kami berjalan kaki ke universiti. Menyusuri jalan jalan di mana Juita menapak ke kuliah setiap hari, jika tidak mengambil bas. Kami bergambar di landmark universiti sebelum berjalan balik ke rumah Juita. Singgah sekejap sahaja. Sekadar untuk menghantar barang dan ke bilik air.
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Portmeirion Outlets di Stoke On Trent. Ini juga antara tempat yang saya ingin kunjungi sejak berpuluh tahun dahulu. Ini adalah kerana minat saya pada pinggan mangkuk. Memikirkan agak susah nak bawa balik dan telah banyak koleksi pinggan mangkuk portmeirion di rumah, saya hanya membeli cutleries dan beberapa barang kecil sahaja.
Ketika waktu di Malaysia menunjukkan 12.00 tengah malam tahun baru 2018, kami masih dalam perjalanan ke apartment di Porchester Road. Kenderaan di jalanraya agak banyak dan sesak bila terdapat satu kemalangan jalanraya.
Kami tiba di apartment dalam pukul 5.30 petang. Selepas check in, saya mula masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam. Manakala hubby dan Juita keluar membeli ayam dan lain lain bahan untuk dimasak.
Makan malam sempena tahun baru. Yang ada hanya kari ayam, telur dadar dan ikan bilis goreng. Selepas makan malam, saya memasak pula rendang ayam untuk dimakan sebagai lauk nasi lemak keesokannya. Kami merancang untuk ke Bicester Village pada pagi tahun baru 2018.

Catat Ulasan for "Persinggahan Di University of Manchester dan Portmeirion "
Add your comment