Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bicester Village Pada Hari Pertama 2018


Pada 1 Januari 2018, hari permulaan tahun baru 2018, kami membuat keputusan untuk ke Bicester Village Outlet selepas memikirkan rugi jika kereta tidak digunakan. Jadi Boy mengajak Mira untuk sekali ke sana. Kiranya ia adalah perjalanan yang tidak dirancang sebelum ini. 

Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami sampai ketika orang belum begitu ramai. Senang sahaja untuk mendapatkan parking. Cuaca sangat sejuk kerana hujan mulai turun rintik rintik. 

Sebetulnya saya tidak pernah tertarik untuk ke sini tetapi memikirkan anak anak belum pernah ke sini, jadi saya buat keputusan untuk datang. Maklum fesyen pakaian yang dijual di sana tidak sesuai untuk saya. Kalau handbag pula, biasanya sesuai untuk anak anak muda sahaja. 


Yang agak menarik, hanya lah jam Micheal Korrs dan Fossil. Saya beli jam MK yang dipesan oleh anak buah saya. Hubby singgah minum di Itsu Beautiful sementara kami semua masuk dari satu kedai ke satu kedai. 


Hajat hati untuk membeli luggage Samsonite juga tidak jadi kerana harganya lebih mahal dari Chesire Oak Outlet dan tidak banyak pilihan. Inilah yang dikatakan menyesal kerana tak beli di Chesire Oak Outlet. Baik menyesal beli dari menyesal tak beli kan.

Ketika di sana, dapat mesej dari sahabat saya Datin Rafidah Latiff yang dia juga sedang dalam perjalanan ke sana. Memang seronok bertemu sahabat di luar negara terutama jika pertemuan adalah tidak dirancang. 


Mereka singgah di London sebelum meneruskan percutian ke Iceland. Selepas bertemu di landmark Bicester, kami bergambar seketika. Kami bergelak sakan kerana sama sama membawa bag Coach. Dah shopping LV sakan, masih kelek handbag Coach. Sebenarnya saya suka bag ni kerana saya tidak perlu stress. Di dalamnya ada botol minuman, botol kosong untuk ke tandas, ada make up pouch, gloves dan macam macam lagi. Sesuai untuk lasak lasak. 

Selepas bertemu Fid, kami terus ke kereta untuk berangkat balik ke London. Seronok juga berjalan jalan di sini walaupun tidak membeli apa apa. Seronok menjamu mata. 


Catat Ulasan for "Bicester Village Pada Hari Pertama 2018"