Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis
Saya terima komen menyuruh saya menggunakan kuali steel wok kerana dikatakan kuali aluminium boleh membawa aluminium poisoning. Saya tak pasti kalau apa yang dikatakan menpunyai bukti saintifik.
Tapi sejak kecil, keluarga saya menggunakan kuali dan periuk cap buaya yang dibeli dari Kelantan. Malahan tak keterlaluan kalau dikata semua orang kampung saya menggunakan periuk dan kuali jenis ini.
Tapi sejak kecil, keluarga saya menggunakan kuali dan periuk cap buaya yang dibeli dari Kelantan. Malahan tak keterlaluan kalau dikata semua orang kampung saya menggunakan periuk dan kuali jenis ini.
Berbalik pada saranan menggunakan steel wok, saya terima dengan hati terbuka. Saya sebenarnya suka membuat koleksi pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Ada yang dibeli di London, Australia dan juga dari US. Ada banyak koleksi periuk kuali tersimpan sehingga anak anak pun menegur kerana suka membeli tapi sayang untuk digunakan.
Mungkin kerana saya memasak bukan untuk dirakam dan tayangan semata. Saya tak ada masa jika sekadar memasak untuk blog semata. Saya memasak untuk hidangan keluarga. Saya memasak sebaik balik dari pejabat atau curi curi waktu terluang pada hari minggu. Jadi saya suka guna kuali buruk saya kerana saya boleh mengacau menggunakan senduk besi.
Kalau menggunakan steel wok, kena guna senduk dari palstik tahan haba. Hahaha saya lupa apa term nya. Rasa tak puas memasak menggunakan senduk jenis ini. Ianya juga seperti melambatkan kerja sedikit kerana perlu lebih berlemah lembut. hahaha itu pendapat saya lah.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi feveret saya iaitu masak lemak cili padi udang dengan kacang buncis. Kebelakangan ini, saya mengalami alergi yang agak teruk, jadi saya tak makan udang. Sekadar makan kacang buncis dan kuah masak lemak digaul dengan nasi putih.
Saya sebenarnya saya jarang membeli kacang buncis. Saya tak pernah makan kacang ini ketika di Kelantan. Hanya makan kacang panjang kerana saya rasa kacang panjang lebih sedap.
Saya sebenarnya saya jarang membeli kacang buncis. Saya tak pernah makan kacang ini ketika di Kelantan. Hanya makan kacang panjang kerana saya rasa kacang panjang lebih sedap.
Serious sedap. Saya memang suka memasak udang atau makanan laut lain secara yang paling mudah bagi mengekalkan rasa manis semulajadi. Kalau memasak makanan laut, saya diajar supaya tidak meletak asam keping. Jadi kemanisan dari santan, jika menggunakan santan asli akan lebih terasa.
Jom layan resepi di bawah ini.
Masak Lemak Cili Padi Udang Dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Udang secukupnya
Kacang buncis - hiris nipis serong
1 kotak santan kotak
1/2 helai daun kunyit
Garam
Bahan tumbuk:
1 -2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi
Cara cara:
Masak bahan tumbuk dengan sedikit air sehingga agak agak cili masak.
Masukkan santan dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai. Sentiasa dikacau rata supaya kuah tidak berketul.
Apabila hampir mendidih, masukkan daun kunyit dan garam.
Masukkan kacang buncis dan kacau sehingga ianya separuh lembut baru dimasukkan udang. Kacau rata sehingga kacang lembut. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
sedap tue
BalasPadammasakan udang dengan sayur kacang ni memang kegemaran saya sejak kecil.. arwah mak masak sedap sangat..
BalasPadam