Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tahniah Hafez

Tahniah Hafez

Tahniah Hafez. Hafez adalah anak sulung lelaki yang kami nanti nantikan. Itulah selepas lahir, kami memanggil Hafez dengan nama timangan Boy. Sehingga kini, nama tersebut kekal sehingga Pensyarah dan kawan kawan universiti juga ada yang memanggil Hafez dengan nama Boy. 

Dengan tamatnya pengajian ijazah, maka tamatlah juga tanggungjawab kami sebagai ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengajian kepada Boy. Pengajian untuk sekeping ijazah, lambang kejayaan seorang pelajar yang bermula dari darjah satu. Namun begitu tanggungjawab memberi didikan kehidupan dunia dan akhirat akan berterusan sehingga nafas berakhir.  

Sekeping ijazah tidak menjanjikan kesenangan seperti suatu ketika dahulu. Ketika saya menamatkan pengajian ijazah, kerja yang baik akan menunggu. Kerja yang baik yang menjanjikan kesenangan hidup dan masa depan yang lebih cerah. Kehidupan yang menjadi kebanggaan ibubapa. 

Melalui sendiri pengalaman bekerja di sebuah organisasi terkemuka selepas menamatkan pengajian ijazah menyebabkan saya memberi kebebasan kepada anak anak untuk memilih kerjaya sendiri. Samada ingin "makan gaji" atau ingin bekerja sendiri. Walaupun bergaji tahunan 6 digit, yang pasti saya lebih selesa jika anak anak bekerja sendiri. Namun itu pendapat saya sendiri. 

Walaupun makan gaji, saya juga dapat merasai hidup mewah dengan memiliki lebih dari apa yang sepatutnya saya miliki. Semuanya bergantung kepada usaha sendiri. Tapi itu dulu, dalam suasana sekarang yang sangat kompetitif, memerlukan usaha dilipatgandakan. 

Tidak lama lagi Boy akan menjejakkan kaki ke satu fasa kehidupan baru selepas menemui gadis cantik yang menpunyai pakej serba lengkap. Bukan sahaja cantik, berpendidikan agama tetapi juga berpelajaran tinggi dan dari keluarga baik baik dan berkedudukan. Apa lagi yang dicari dalam seorang gadis untuk dijadikan pasangan hidup. Dia menpunyai segalanya. Pesanan mama, berikan yang terbaik kerana dia layak mendapat yang terbaik. 

Tahniah Hafez

Bila ijazah telah berada di genggaman, berakhir sudah fasa seorang pelajar, bersedia untuk untuk fasa seterusnya. Kejar kejayaan di dunia demi kejayaan akhirat. Matematik dunia berbeza dengan sifir pengiraan matematik akhirat, di mana 10 tolak 5 jawapannya adalah 15. 

Akhir sekali, tahniah juga buat Mira, yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan besok. Semoga Mira suatu hari menjadi seorang usahawan berjaya dan ternama dalam apa jua bidang yang diceburi. Aameen. 


8 ulasan for "Tahniah Hafez"

  1. Setuju dgn awak Azie, sekeping ijazah kini tidak menjanjikan apa-apa. Zaman2 kita dulu, dengan ijazah boleh mendapat pekerjaan yg bagus dan jawatan yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ijazah tidks menjanjikan apa apa. Kejayaan adslah utk mereka yg kreatif dan menpunyai initiatif

      Padam
  2. betul tu..skrg ijazah x menjanjikan apa2.. tengok sendiri anak sedara dari zaman lepas abis degree, ke hulu ke hilir cari kerja..tak dapat..sbb kecewa..dia sambung master..dah abis master pun sama..bila mintak keje, alasan company..dia x layak utk jawatan yg ditawarkan sbb kelulusan melebihi yg dorg nak.. walhal budak tu x memilih pun walaupun keje sebagai setiausaha jer..asalkan dpt pengalaman + duit sikit utk survive + byr hutang ptptn. kdg2 mintak pengalaman...tp budak baru abis belajar, kalau tak bagi peluang..mmg takkan ada pengalaman...semua bermula dari zero..dengan keadaan terdesak nak membayar hutang PTPTN dari degree & master..

    lepas kecewa dengan keadaan tu, skrg tgh amek PHD.. sambil2 buat biskut & kek mengisi masa lapang.. semoga budak2 yg abis belajar ni dpt peluang kerja menimba pengalaman..dpt mereka membalas jasa org tua...dan keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kesian, buka universiti banyak banyak lepas tu peluang pekerjaan tak ada. Ada yg bertahun tahun kerja sebagai kerani sahaja.

      Padam
    2. `kan kak... saya ni keje gomen pun kesian jgk budak lepasan U nak keje gomen tp susah nak dpt. nak2 plak bila tempoh pencen ada yg dilanjut ke-60 thn. saya kalo boleh umo 40 rasa cam nak pencen dah..apakan daya byk hutang nak kene bayar..huhu

      Padam
  3. Tahniah anak kak Azie..!! Walaupun kenal di alam maya je.. tapi penulisan akak sampai di hati saya..syahdu baca!.. Anak sulung saya baru 12 tahun, tapi kelak semua akan mengikut jejak hafiz, bekerjaya & berumahtangga membina kehidupan baru.. Moga mereka tak melupakan kita yang dah tua ni nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Saya sebenarnya sgt terharu membaca semua mesej yg ditinggalkan. Wp berkenal di alam maya. Terasa dekat di hati. Sgt terasa keikhlasan

      Padam