Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia

 ◆ ◆ ◆ 

Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap

Azie 6/04/2017 23 ulasan
Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap



Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap



Saya nak sambung petikan dari kuliah zohor oleh Ustaz Dr Mohd Azmi Mat Sah. Disebutkan Nabi mengamin doa malaikat Jibril sebanyak 3 kali. Sebenarnya perkara ini telah banyak kali ditulis dan tapi berapa ramai antara kita yang mengamalkannya. Jadi saya akan tulis di sini berdasarkan kupasan Ustaz. Amin yang pertama ialah celaka orang yang mendapat Ramadhan tapi dosa tak diampun. Antara 1 Ramadhan dengan 1 Ramadhan yang lain, Allah akan ampunkan dosa kita. Risau kot mati tak sempat memasuki bulan Ramadhan. 

Bila masuk sahaja waktu Maghrib, kena syukur sangat sangat kerana aku dah masuk bulan Ramadhan. Allah nak bagi keampunan dalam Ramadhan pada kita dengan setiap hari dicurahkan rahmat. 11 bulan kita tak pernah tunggu azan Maghrib tapi bulan Ramadhan, kita akan tunggu azan Maghrib. Ramadhan mendidik kita menjadi orang bertaqwa. Ramadhan akan tentukan kekuatan kita untuk 11 bulan akan datang. Ada orang sanggup berhutang untuk tempoh berpuluh tahun, seolah confirm yang dia akan hidup hingga hutang habis dibayar. Dengan Ramadhan, bila kita rajin bersedekah, Allah akan selesaikan masalah hutang. Allah akan tunjuk cara untuk menyelesai hutang. 



Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap

Lagi satu ustaz pesan supaya kita mengamalkan doa dalam Al Quran yang Allah ajar. Doa sendiri boleh tapi ambil didalam Al Quran. Juga amalkan doa yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat. Bulan Ramadhan perbanyakkan membaca doa "Allahumma Inni Asluka Ridha Kawal Jannah Wana ‘uuzubikamin sakhotikawannar". Keluarkan suara dalam berdoa akan dapat pahala sedekah. Dengan Allah, kita minta direct jer tapi ayat dan cara berdoa kenalah betul. Minta yang besar besar kerana Allah Maha Kaya. Mohon dengan Allah supaya ampunkan dosa kita. Amin Rasulullah yang kedua ialah celaka orang ada ibu masih hidup tapi tak dapat syurga kerana tidak berbakti kepada kedua ibubapa. 

Ada dua jalan ke syurga. Iaitu jalan ibu dan jalan ayah. Redha Allah bergantung pada redha ibubapa. Redha suami akan dapat redha Allah. Anak anak taat pada ibubapa, syurga lah balasannya. Ibubapa adalah bonus untuk anak anak masuk syurga. Mencari redha, apa yang dikatakan redha? Redha adalah bermaksud make them happy. Apa apa yang mereka suka. Amin yang ketiga ialah celaka bila sebut nama aku, tapi tidak berselawat kepada ku. Selawat akan menjadikan kita seorang yang hebat dunia dan akhirat. Jadi jangan lupa berselawat ketika solat terawih. 

Bulan Ramadhan ni, saya lebih suka berbuka dengan suatu yang lebih simple seperti kuah kicap, kuah seperti sayur air atau masak lemak yang simple. Tidak terlalu berempah. Telah bertahun tahun saya tidak berbuka puasa secara buffet di luar, apalagi di hotel hotel. Kalau berbuka puasa di luar pun, hanya kawasan berdekatan dengan rumah supaya saya masih boleh ke surau selepas berbuka. Itu pun sebab saya mahu mengembirakan suami dan anak anak sahaja. 

Jika tidak, saya suka berbuka puasa di surau sahaja bersama sama rakan jemaah. Saya rasa membazir makan di buffet, makanan banyak yang nampak sedap tapi sebenarnya tidak mampu pun untuk kita nikmati keenakannya. Ia nya terjadi sebab terlalu banyak makanan yang dimakan dalam masa yang sama. Bila menyebut masakan stim yang pasti terbayang adalah ikan siakap. Boleh juga guna ikan lain seperti kerapu, bawal tapi ikan siakap paling sinonim dengan masakan stim. Yang paling paling utama ialah mendapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisannya. Masakan stim tidak hanyir. 

Jom layan resepi yang digunakan hari ini...


Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap


Ikan Siakap Stim

Bahan bahan:
1 ekor ikan Siakap - kelar
Daun ketumbar - tabur
1 biji imau nipis - hiris hiasan

Bahan Kuah:
1/2 biji bawang besar -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2-3 tangkai cili padi - hiris
3 helai daun limau purut - carik
1 biji limau nipis - ambil jus
1-2 batang serai - potong serong
1 inci halia - hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
Garam 
Gula

Cara cara:
Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak. 

Tuang bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi. 

Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis. 


Ikan Siakap Stim Yang Mudah Dan Sedap




Ulasan

  1. Unknown 14 Jun, 2017 11:19
    Sangat gemar resipi dari azies kitchen. Tak pernah mengecewakan. Nak try resipi ni untuk berbuka nanti. Terima kasih kerana berkongsi resipi. 😊
  2. Wal 21 Jun, 2017 16:05
    JazakaAllahu Khairan...dapat idea nak masak apa petang ni. Tq ;)
  3. Aishah 27 Jun, 2017 06:44
    Klu tak letak sos ikan takpa kaa ?
  4. norsadira 06 Julai, 2017 07:46
    Sedap
  5. Muy_yaQ 07 Julai, 2017 14:42
    salam,
    mohon copy tazkirah kat atas tu ye kak.
    Utk peringatan diri sendiri.
  6. buatduitRM500sehari 17 Disember, 2017 11:57
    sape nk partime online je.. xpyh modal... kita ajar cara online..
    jual 5 dpt RM1200.00
    jual 10 dpt RM 4000.00
    yg best xpyh jumpa2 org..xpyh cari2 org..org yg cari kita..
    3 org aku nk guide utk jan 18..
    bonus.. income pasif telegram pulak.. wasap 01125618098
    #teamviralniaga #cuckoodihati
  7. Cikkda 26 April, 2018 11:48
    Sdp
  8. Unknown 06 Mei, 2018 13:08
    Sedap sangat resepi k.azie. tq .
    Semalam saya buat. Ramai puji sedap.

  9. bb 18 Mei, 2018 11:09
    dah bertahun ikut blog aunty. dah try byk resepi semua sedap! thanks aunty
  10. Azie 18 Mei, 2018 12:22
    Alhamdulillah bb. Terima kasih kerana sudi singgah. BTW jgn lupa klik iklan yang muncul di blog azie kitchen juga ya
  11. My Little Shop Collections 22 Mei, 2018 19:17
    sedap.. dh try.tq azie.
  12. hasmiza 14 September, 2018 14:12
    Kak nk tanya sos ikan.. Jenama apa yg akk guna?
  13. Azie 14 September, 2018 17:31
    Nnt aaya balik tengok. Saya lupa. Yang penting saya cari yg halal.
  14. Unknown 24 Oktober, 2018 06:56
    Kak,Klau x letak sos ikan x pe Ker?
  15. Unknown 11 Disember, 2019 19:16
    Sedap sgt brtmbh2 nasi🤭trima ksh azie😊
  16. S9e 13 April, 2020 16:31
    smue sos ada tapi sos ikan xde..
  17. Tanpa Nama 07 Mei, 2020 21:37
    Bahan kuah tk perlu tumis ye
  18. Unknown 19 Mei, 2020 22:31
    izin sya share ye sis
  19. miera0401 28 November, 2020 16:20
    Semenjak berumahtangga ni.....sy sllu cedok resepi kak Azie...tq² Sume resepi sedap²....
  20. NasQ 19 Disember, 2020 10:42
    Terbaik menjadi la
  21. NasQ 19 Disember, 2020 10:46
    Terbaik
  22. STOKIS GUM ARABIC 17 Jun, 2021 19:30
    Tq
  23. PES_player 08 Disember, 2022 15:17
    xyah pon xpe